Anakanda Sultan Pahang & Sultan Terengganu Tamat Pengajian!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat DYTM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Puteri Nadhirah Zahrah & YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah atas majlis graduasi di University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom pada 10 Julai lalu. Hasil usaha keras kejar ilmu & martabatkan seni warisan serta budaya tekstil, akhirnya Tengku Puteri Nadhirah berjaya genggam Sarjana bidang Tekstil. Manakala puteri bongsu Sultan Pahang ini pula peroleh Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang Tekstil.