Ads
Ads

Bak Resort Persendirian Mewah, Kediaman Dato’ Azril Lengkap 12 Bilik & Landskap Semula Jadi!

Bagaikan berada di resort mewah yang dilatari kehijauan alam semula jadi dan mendamaikan. Tergamam Nona tatkala melangkah masuk ke kediaman eksklusif milik Dato’ Azril Mohd Radzi dan Datin Balqish Hussni. Berkeluasan 11,000 kaki persegi, mahligai yang tersergam indah di kawasan elit kepunyaan usahawan hartanah The Estate dan pengasas produk V’Asia ini dilengkapi dengan 12 buah bilik termasuk 8 kamar tidur, surau, gimnasium, bilik hiburan serta ruang pejabat.

Kolam renang dan landskap indah tumbuh-tumbuhan di sekeliling halaman rumah 3 tingkat ini mencetuskan suasana tenang. Tidak sekadar luas, perabot yang digunakan juga ditempah khas dan moden. Menyerlahkan cita rasa dekorasi penghuninya yang unik dan tersendiri.

#nona #nonalifestyle #lifestyle

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads
SeeNI ×