Bukan Artis Biasa, Idayu AF Ada 21 Adik-Beradik & Yuka Kharisma Pernah Jadi Juara Qariah!
Di sebalik suara lunak Idayu AF dan Yuka Kharisma, tersembunyi kisah perjuangan yang jarang sekali diceritakan. Dua figura seni ini membuka ruang hati, berkongsi tentang struggle hidup, perjalanan dalam dunia seni dan kisah keluarga yang begitu mendewasakan.
Idayu atau Nur Farah Idayu Yaakob, membawa cerita tentang keluarganya di Kelantan, ada 21 adik-beradik sebapa dan beliau satu-satunya yang memilih untuk mencari rezeki dalam industri hiburan. Sementara Yuka Kharisma, artis asal Indonesia yang kini mencipta nama di Malaysia, sangat pandai mengaji malah pernah menjuarai pertandingan tilawah di sana.
Dua bakat besar ini kini disatukan dalam lagu terbaharu mereka, Masih Cinta (OST Seoul Cinta). Harmoni yang segar dan vokal yang begitu powerful menjadikan kolaborasi ini antara karya yang paling ditunggu-tunggu peminat muzik.
#majalahnona
#nonainspirasi

