Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Ceburi Bisnes Dipelopori Kaum Lelaki - YAM Raja Saidatul Mardiah | Nona...

Ceburi Bisnes Dipelopori Kaum Lelaki – YAM Raja Saidatul Mardiah | Nona Lifestyle

Nama YAM Raja Datin Saidatul Mardiah Sultan Idris A’fifullah sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam sukan permotoran. Mana tidaknya, Engku merupakan satu-satunya wanita yang pernah menyertai sukan permotoran Merdeka Millenium Endurance (MME), di Sepang pada 2009. Walaupun sudah meninggalkan sukan permotoran, namun minat dan kerjaya pilihan Engku masih didominasi oleh kaum lelaki. Kini Engku menjalankan beberapa rangkaian perniagaan bersama suami tersayang, Y Bhg Datuk Noor Azmi Md Saad. Meminati aktiviti lasak, Engku juga nampaknya mempunyai sisi kewanitaan yang unggul sebagai isteri dan ibu kepada empat cahayamatanya. Memasak antara hobi Engku sehinggalah beliau membuka sebuah kafe yang menyajikan hasil air tangan Engku sendiri. Pada usia 40-an, aktif bersukan dan gaya hidup yang sederhana menjadi pilihan puteri ke-13 Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, Sultan Perak ke-33.



Video Berkaitan