“Cheap Marketing? Itu Bukan Saya…” Aleeya Zailan
Tanpa kabel, gimik & publisiti murahan, Aleeya Zailan bina empayar bisnes dari RM500 nafkah pemberian suami!
Bermula dengan hanya RM500 wang nafkah daripada suami, Aleeya Zailan berjaya mengubah nasibnya daripada penjual sambal kepada pengasas Avenys — jenama kosmetik yang dihormati dalam industri kecantikan. Kini, beliau bukan sahaja memiliki produk kosmetik yang popular, malah turut mengembangkan bisnes kopi sendiri dan menjadi pengusaha barang kemas.
Tanpa gimik mahupun promosi murahan, Aleeya membina empayar bisnesnya dengan penuh integriti, kerja keras dan visi yang jelas.
Ini adalah kisah kejayaan seorang wanita — di mana bukan sekadar bertahan, tetapi bangkit dengan maruah dan kekuatan yang autentik. Jom ikuti kisah suka duka Aleeya Zailan di samping meninjau kediaman mewahnya yang anggun lagi eksklusif!

