Dari Bidang Nyanyian Ke Dunia Bisnes, Adira Suhaimi Kini Pengasas Perfume!
Makin laju langkah Adira Suhaimi dalam bidang bisnes! Mula mencipta nama sebagai penyanyi, pelantun lagu Ombak Rindu ini ligat merencana masa depan dalam bidang perniagaan dan kini bergelar pengasas minyak wangi. Kolaborasi Adira menghasilkan produk wangian dengan Syurga Wanita meraih permintaan tinggi dan tahun ini merupakan tahun ketiganya bersama platform beli-belah tersebut.
Ujar selebriti kelahiran Negeri di Bawah Bayu ini lagi, latar belakang keluarga yang terlibat dalam perniagaan menarik minat Adira untuk menceburi bisnes. Selain menjana pendapatan, ia juga menjadi salah satu usahanya untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
#majalahnona
#inspirasinona

