Dato’ Dr Asyraf Wajdi & Isteri Ambil 2 Anak Yatim Piatu Jadi Anak Angkat!
MasyaAllah, mulianya hati Dato’ Dr Asyraf Wajdi & Prof Datin Dr Irwani ambil 2 anak perempuan yatim piatu ini sebagai anak angkat mereka. Difahamkan ibu pelajar bernama Nurain Fatihah berusia 18 tahun ini meninggal dunia 8 tahun lepas. Manakala bapa pula pergi hadap ilahi sebulan lalu.
Dia & adik perempuan Nurain Farisya kini tinggal bersama datuk di Perak. Manakala 3 adik-beradik yang lain menetap dengan keluarga arwah bapa mereka di Pulau Pinang.
Sebak tengok momen bila Pengerusi MARA ini dapat persetujuan isteri untuk ambil mereka jadi anak angkat. Terus Dato’ Dr Asyraf minta anak-anak tersebut panggil isterinya ‘Umi’. Moga kebaikan pasangan ini diberkati Allah SWT.

