Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin – Nona Superhero Award
Di sebalik kejayaan membina empayar Mydin, beliau tidak pernah lupa bagaimana rasanya bermula dari bawah, apatah lagi memahami kesusahan pelanggan yang bergelut dengan kehidupan. Daripada berniaga di pasar malam dan sebuah kedai papan, perjalanan Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin bukan sekadar kisah membina kekayaan, tetapi tentang sebuah perjuangan yang tidak pernah memisahkan kejayaan daripada nilai kemanusiaan.
Di sebalik kekuatan seorang tokoh korporat, ada didikan seorang ibu yang cekal, kasih seorang isteri yang setia dan nilai kehidupan yang terus dipegang hingga ke hari ini. Sempena Nona Gala Awards 2026, Nona mengangkat beliau sebagai penerima Nona Superhero Award, sebuah penghormatan buat insan yang membuktikan bahawa wira sebenar bukan diukur pada setinggi mana kejayaan yang diraih, tetapi sejauh mana kehadirannya mampu membawa harapan kepada kehidupan orang lain.
#majalahnona
#nonagalaawards2026
#nonasuperheroaward

