Dengan Sekali Lafaz, Siti Sarah Sah Jadi Isteri Pramugara!
Nona dijemput secara eksklusif menyaksikan penyatuan dua jiwa di antara Yang Mulia (YM) Tengku Ahmed Syakir YM Tengku Raizul Azwar & Siti Sarah Dr Hj Mohd Suhaimi di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
Pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Siti Sarah yang anggun berbusana kebarung putih menerima mas kahwin RM1,111.
Pengantin lelaki yang juga kerabat diraja Selangor & pramugara Qatar Airways ini merupakan anakanda YM Tengku Raizul Azwar dan bekas model popular, Nik Marini Nafisah Kamil.
Sementara pengantin perempuan pula ialah puteri tunggal kepada pasangan Dr Hj Mohd Suhaimi & Norazlina Dahlan.
Semoga ikatan suci yang dibina Syakir & Sarah kekal bahagia sampai jannah.