Ads

Istiadat Persandingan Diraja YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah & Dr Amin Aznizan

Ads
Laksana hikayat kasih yang merentas zaman, majlis resepsi persandingan YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Binti Dato’ Munir dan Dr. Amin Aznizan berlangsung penuh adat, santun dan kemuliaan. Puteri Muna ialah anakanda YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Dato’ Sri Setia Hajah Tengku Muhaini Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan kakanda Sultan Pahang.
Majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur itu bertambah semarak dengan keberangkatan KDPB Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama KDPB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Duli-Duli Tuanku turut berkenan menyempurnakan istiadat menepung tawar, disaksikan ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan-rakan artis yang bersama meraikan detik penuh bersejarah ini.
Menambahkan seri pada malam penuh bermakna itu, pelamin indah bertemakan Dinasti Parsi hasil sentuhan Rekateemor menjadi lambang kemegahan istiadat, manakala solekan resepsi oleh Khir Khalid, dandanan Ckay Liow dan busana RI Haute Couture menyempurnakan keanggunan sang puteri. Sebuah malam yang menyatukan cinta, adat dan warisan, lalu terakam sebagai kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat. Selamat pengantin baru @munaputeri ✨
Sumber: Kesultanan Pahang, Selangor Royal Office, @munaputeri @itsrossa910 @ctdk
#majalahnona

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads