Maryam Tak Nak Vespa Dior RM200,000 Hadiah Dari Ryzal!
Ads
Bermastautin lebih 8 tahun di Malaysia dan membina keluarga, kerjaya dan empayar bisnes di negara baru pastinya tidak mudah buat pempengaruh dan usahawan Maryam Younarae.
Masih lagi cuba untuk memahami dan mendalami agama Islam, ibu kepada dua orang anak ini akui masih menerima kecaman hebat dek konten² yang dikongsikan, namun isteri kepada Ryzal Ibrahhim ini tidak mudah melatah malah akui masih cuba memperbaiki diri.
Bermula dengan jenama Duriankimchii yang diusahakan bersama sehingga tercipta satu fenomena, Maryam dan Ryzal dilihat saling melengkapi walau berbeza telatah dan identiti, sehingga menjadi inspirasi buat semua.
#majalahnona

