Menteri Ekonomi Rasmi TikTok Socioeconomic Impact Report 2025
Ads
Sepetang bersama Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah di acara TikTok Socioeconomic Impact Report 2025. Kata beliau, “Ekosistem digital yang dipercayai seperti TT menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.”
TT menyumbang sekitar RM20 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2025 dan membantu mewujudkan lebih 147,000 peluang pekerjaan, menurut laporan impak sosioekonomi yang dikeluarkan hari ini. Ia menunjukkan ekonomi digital negara semakin berkembang pesat.
Ekonomi pencipta kandungan di Malaysia juga semakin matang apabila ramai pengguna menjana pendapatan melalui sesi live streaming. Influencer seperti Khairul Aming turut dijadikan contoh bagaimana komuniti dan penceritaan boleh berkembang menjadi model perniagaan berjaya.
#majalahnona

