Momen DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Rasmi Galeri Siti Khadijah!
Momen yang tak mungkin dilupakan Pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman apabila DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Pelawat Siti Khadijah di Nilai, Negeri Sembilan pada 8 Mei lepas.
Beliau mengagumi peribadi Baginda yang ceria, ramah & mesra rakyat. Katanya, Tuanku Aishah menyokong penuh jenama tempatan ini & menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Siti Khadijah bina empayar selama 15 tahun.
Baginda turut berkenan meninjau ruang pameran, makmal R&D dan kilang penghasilan telekung Siti Khadijah sambil diiringi anakanda, YAM Tunku Zain Al’Abidin ibni Tuanku Muhriz dan Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir Aminuddin.