Sebagai pengasas produk, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan tidak kenal jemu. Itulah menjadi pendorong buat CEO dan pengasas NOIR Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu melipatgandakan usaha untuk memajukan jenama yang diasaskannya itu.
Bermula dari hanya satu produk, ia berkembang maju sehingga meletakkan jenamanya sebagai salah satu jenama unggul. Baginya, keyakinan diri, tidak malu dan berdisiplin tinggi adalah kunci utama dalam menjayakan sesuatu.
Tahun 2020 ini, Eryica berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan melalui program yang dinamakan “Wanita Sumber Inspirasi” untuk membantu golongan wanita maju dalam dunia perniagaan. Tahniah!