Nona Lifestyle – Reda Tapi Rindu, Ridzokumura & Sky Berdamai Dengan Takdir
Tanggal 28 Februari 2025 pastinya meninggalkan sejarah hitam buat kedua anak beranak ini. Kehilangan sosok seorang isteri dan ibu nyata memberikan kesan yang mendalam, dan sehingga kini masih luka dan berbekas.
NONA berkesempatan mengunjungi kediaman kedua pemilik salon terkenal serta panata rambut terkemuka, Abdul Ridzuan bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura.
Genap hampir 5 bulan arwah isterinya menghadap Ilahi dalam satu tragedi tragis, Ridz dan anak tunggal mereka, Sky Taizo Akumura, kini 13 tahun hanya mampu berdamai dengan takdir walaupun masih berduka.
Ridz berkongsi perkembangan diri serta perjalanan menyesuaikan hidup tanpa kasih seorang insan hebat, arwah Hajah Aishah @ Akiko Okumura yang hanya kini tinggal kenangan.
#MajalahNONA #ridzokumura #sky #lifestyle #Malaysia #indonesia #singapore #Brunei