
Nona Man Charity Award : Dato’ Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus
12 Tahun Jadi Presiden MERCY, Dato’ Dr Ahmad Faizal Akui Wanita Paling Ramai Jadi Sukarelawan NGO!
Dunia kebajikan dan kesukarelawanan sebati di jiwanya. Dato’ Dr Ahmad Faizal bukan sahaja telah memimpin Malaysia Medical Relief Society (MERCY) selama 12 tahun, bahkan masih menjadi petugas barisan hadapan (perubatan) COVID-19 hingga ke saat ini. Pengalaman beliau bersama pasukan MERCY membawa mereka ke serata ceruk dunia, membawa ubat-ubatan dan keperluan perubatan kepada mangsa bencana.
Jasa pakar perubatan saluran pernafasan ini dan sumbangan beliau dalam dunia kebajikan negara cukup dihargai. Beliau adalah penerima Nona Man Charity Award sempena Nona Superhero Awards 2021.