Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Optimis Kembalikan Momen Terindah Foto, Misi Linda Roos

Optimis Kembalikan Momen Terindah Foto, Misi Linda Roos

Berbekalkan semangat mahu mengembalikan momen terindah melalui foto telah mencetus ilham buat @lindaroos7. Optimis menerajui syarikatnya, Linda menyediakan perkhidmatan Frame Design.

Sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia bisnes, wanita berkelulusan Universiti Multimedia yang berusia 36 tahun ini terus bersemangat mencipta kejayaan dalam bidang yang dicintainya ini.

Linda Roos yang bakal menemui anda semua menerusi Program Pencarian Nona Superwoman 2021 yang bersiaran menerusi ASTRO PRIMA bermula 22 September, setiap Rabu jam 9.00 malam. Program istimewa ini dibawakan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona serta diperkasakan oleh USANITA.
#majalahnona
#pencariannonasuperwoman



Video Berkaitan