Ads
Home Pemurah, Ivan Gunawan Rajin Buat Amal Kebajikan

Pemurah, Ivan Gunawan Rajin Buat Amal Kebajikan

Hanya amalan kebaikan. Ringkas jawapan selebriti popular yang juga fashion designer Indonesia, Ivan Gunawan ketika ditanya legasi yang ingin ditinggalkan.

Berusia 42 tahun, Ivan Gunawan kini ligat membangunkan empayar fesyen ready-to-wear Mandjha Ivan Gunawan dan Ivan Gunawan Prive, selain masih aktif sebagai pereka fesyen terkemuka di negara jiran. Hasil keuntungan bisnes beliau kerap disalurkan untuk amal kebajikan antaranya memberi sumbangan ke Gaz4, membina masjid dan rumah anak yatim. Sedekah yang tak pernah berhenti, hebatnya jiwa dermawan ✨

#majalahnona



Video Berkaitan