PINKTOBER EP 3 – “Baru Saja Kehilangan Ibu, Saya Diuji Kanser Payudara”

Ads

Kurang setahun selepas pemergian ibu tersayang, Nordiana Mohd Sha’ari, 36 tahun, disahkan menghidap kanser payudara. Sebagai anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, ujian kali ini menuntut kekuatan yang lebih besar, bukan sekadar untuk dirinya tetapi juga demi dua cahaya mata yang masih kecil.

Di sebalik air mata dan kesakitan, cinta keluarga menjadi kekuatan untuk Nordiana meneruskan perjuangan. Kini, peguam hartanah ini semakin pulih dan aktif dalam pelbagai kegiatan NGO termasuk Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA), menjadikan pengalaman pahitnya sebagai sumber harapan buat wanita lain.

#majalahnona
#nonapinktober

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads