PINKTOBER EP1 – “Saya Nak Buktikan Bahawa Kanser Tak Semestinya Mati”
Ads
Sekitar empat tahun lepas, Rahiza Ibrahim tidak pernah menyangka bengkak yang dianggap biasa rupanya petanda kanser payudara. Lebih meruntun hati, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga pernah melalui kehilangan insan tercinta apabila suaminya terlebih dahulu pergi akibat kanser.
Vodcast Nona Pinktober episod pertama membuka tirai dengan perkongsian Rahiza menempuh perjalanan paling berat dalam hidupnya. Cerita Rahiza ini membawa satu peringatan penting buat setiap wanita, usah abaikan perubahan pada tubuh, lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan seawal mungkin.
#majalahnona
#nonapinktober

