Puteri Sulung Akhil Hayy Selamat Bernikah
Tahniah buat Ustaz Akhil Hayy, selamat menikahkan anak sulung Siti Nur Maisarah, 28, dengan pasangannya, Zulhilmi Mustapha Kamal, 31. Sama cantik sama padan, manis sangat majlis pernikahan Sarah yang diadakan di Surau Damansara Perdana, semalam.
Turut kelihatan ibu kandung pengantin perempuan, Maizawati Zainal di majlis hari bahagia anak tersayang. Rakan artis Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda seperti Mawi, Ezlynn dan Radhi Khalid juga menyerikan majlis penyatuan dua jiwa tersebut ✨
#majalahnona