Qurratu’Ain Rangkul Emas Kejohanan Boling Remaja Asia
Ads
Hebatnya atlet boling muda Malaysia, Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi baru saja merangkul emas menewaskan pemain dari China dan Taiwan dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar semalam.
Atlet Malaysia yang lain pun dengarnya mempamerkan aksi luar biasa dalam kejohanan ini. Bangga bila tengok Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku berkumandang di luar negara. Coach dan pasukan #teammas memang layak dapat pujian. Semoga sukan kita terus cemerlang dan terbilang!
Video: FB Bowling Malaysia
#majalahnona
#wanita
#inspirasiwanita

