Supermoms Inspirasi Atlet Ekuestrian Negara
Supermoms dalam dunia ekuestrian bukan sekadar menghantar anak ke latihan. Tapi merekalah tulang belakang, cheerleader dan kekuatan sebenar anak-anak agar terus berkuda lebih jauh daripada yang mereka sendiri bayangkan.
Nona bertemu tiga atlet remaja Malaysia, YM Puteri Sharifah Ariel Budriah Jamalullail, 15; Sonia ‘Aisyah Abdullah, 15; dan Arissa Audreyna Edzwan, 17, yang mengharumkan nama negara di Asian Youth Games 2025 di Bahrain, bulan lepas.
Kejayaan YM Puteri Sharifah Ariel Budriah Jamalullail meraih pingat emas dalam acara ‘show jumping’ bukan sahaja membanggakan kedua ibu bapa, bahkan seluruh rakyat Malaysia. Turut hadir, wanita besi di sebalik atlet ini, bondanya YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati serta ibu kepada Arissa Audreyna iaitu Puan Azlin Reza Azmi.
Syabas Supermoms!
#majalahnona
#inspirasiwanita
#wanita

