Tengku Permaisuri Selangor Di Sambutan Hari Ibu PEKAWANIS 2025
Pesona DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu PEKAWANIS 2025 yang kini berlangsung di Shah Alam. Baginda Permaisuri diiringi isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, YABhg Datin Seri Masdiana Muhamad bagi meraikan jasa dan pengorbanan ibu-ibu di Selangor.
Tambah bermakna, segmen Bicarawanis turut membawakan penceramah Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah ditemani selebriti Yana Samsudin bercerita kisah ibu yang menyentuh hati. Cukup sebak ✨
#majalahnona
#wanita
#inspirasiwanita