Transformasi Rumah Impian Nurlailah Awaluddin
Transformasi kediaman single-storey milik Nurlailah Awaluddin menyerlahkan identiti pemiliknya yang kreatif. Dari sekadar unit biasa, kini bertukar konsep ‘Neoclassical’ hasil sentuhan pasangan interior designer terkenal ini. Mesra dan menyenangkan, sifat humble mereka mencuit perhatian Nona.
Berjaya mengangkat nama ‘Inspirasi Eladeko’ ke tahap tertinggi, suami isteri ini juga memiliki kilang sendiri di Nilai, Negeri Sembilan. Tak sangka walaupun sibuk menghias kediaman pelanggan, Nurlailah yang berasal dari Sabah dan berusia 40 tahun itu masih tekun belajar serta kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Interior Design.
#majalahnona
#nonainspirasi

