“Syukur alhamdulillah. Hari ini bukan sekadar sebuah hari, ia adalah titik kemenangan selepas 50 tahun perjalanan hidup yang penuh jatuh bangun, air mata dan doa.
 Dengan izin ALLAH SWT, saya menggenggam segulung ijazah Keusahawanan dan Kemahiran daripada TVET TEC Malaysia bertempat di USIM,” katanya penuh emosi.
Menurut Ifa, pencapaian tersebut bukan miliknya seorang. Ia berdiri atas nama jenama yang dibina daripada keberanian, dibesarkan dengan keringat dan dipertahankan dengan keteguhan jiwa.