Ads

Usia Bukan Penghalang! Ifa Raziah Genggam Ijazah Keusahawanan Dari USIM Di Usia 50 Tahun

Ads

Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah meluahkan rasa syukur kerana pada usia 50 tahun, dia diberikan rezeki menggenggam segulung ijazah. Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha menerima Ijazah Keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Menurut Ifa, ia adalah lambang ketabahannya menuntut ilmu dan tidak pernah berputus asa. “Alhamdulillah, hari ini saya secara rasmi bergelar graduan apabila menerima Ijazah Keusahawanan TVET Malaysia di USIM.

“Syukur alhamdulillah. Hari ini bukan sekadar sebuah hari, ia adalah titik kemenangan selepas 50 tahun perjalanan hidup yang penuh jatuh bangun, air mata dan doa.
 Dengan izin ALLAH SWT, saya menggenggam segulung ijazah Keusahawanan dan Kemahiran daripada TVET TEC Malaysia bertempat di USIM,” katanya penuh emosi.
Menurut Ifa, pencapaian tersebut bukan miliknya seorang. Ia berdiri atas nama jenama yang dibina daripada keberanian, dibesarkan dengan keringat dan dipertahankan dengan keteguhan jiwa.

 

 

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads