Wajah Anggun Zakiah Anas, Penampilan Figura Ini Dirindui & Sambutan Raya Bersama Bekas Personaliti TV Raih Tumpuan!

Lama tidak melihat penampilan Zakiah Anas di kaca televisyen. Pasti ramai yang merindui dan menanti-nantikan kemunculan semula bekas personaliti televisyen yang satu ketika dulu pernah popular termasuk pengacara program 999 berkenaan. Seiring pertambahan usia, keutamaan mereka kini adalah keluarga dan anak-anak.  

Sempena 1 Syawal lalu, Zakiah turut tidak ketinggalan berkongsi momen sambut lebaran di samping keluarga tersayang. Difahamkan figura jelita ini meraikan Aidilfitri di Melaka dan mengenakan persalinan sedondon bersama suami dan anak-anak.  

Artikel https://www.nona.my/azrinaz-mazhar-hakim-jemput-rakan-selebriti-beraya-ke-rumah-terpukau-tengok-mahligai-miliknya/

Zakiah Anas Sambut Lebaran

Titip Zakiah Anas, “Moga Raya kali ini membawa seribu kemanisan dan kenangan indah untuk semua. Semoga Allah memberkati dan menerima segala amalan serta memakbulkan doa-doa sepanjang Ramadan lalu. Aamiin.” 

Walau anak-anak semakin menginjak usia dewasa, pesona ibu jelita ini tetap memikat. Meniti usia lewat 50an, Zakiah bertuah kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan tampil awet muda.  

Terbaharu, wajah anggunnya kembali menarik perhatian apabila dia dilihat merayakan Syawal bersama beberapa bekas personaliti terkenal TV3. Lebih istimewa, sambutan berkenaan diadakan di kediaman mewah milik Azrinaz Mazhar Hakim.  

Antara rakan-rakan industri yang hadir termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Ruhil Syafinaz Hussein, Aziah Jasmin Azizul, Nor Azlina Redzuan, Azizah Ariffin dan Saiful Nizam Ismail.  

Perkongsian tersebut nyata mengubati kerinduan penonton yang pernah membesar bersama-sama dengan melihat barisan personaliti ini di kaca TV setiap hari.  

Malah, ruangan komen juga dibanjiri dengan pujian peminat yang masih mengingati bakat kesemua mereka dan kagum dengan aura setiap daripada mereka.

Ukhwah Terjalin Erat Zakiah Anas & Rakan-Rakan

Biarpun masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan kehidupan sendiri namun bekas personaliti popular ini masih berhubung rapat dan menjaga ukhwah di antara satu sama lain hingga sekarang.

Menelusuri karier Zakiah Anas, dia tidak lagi aktif di kaca TV tetapi dia masih menerima tawaran sebagai pengacara majlis. Malah suara ‘mahal’nya turut diperlukan bagi khidmat voice over

untuk pelbagai acara mahupun syarikat.

Pengacara wanita ini dilapor mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012. Meninjau media sosial Zakiah Anas, dia aktif bersukan dan gemar melakukan aktiviti hiking di samping rakan-rakan. 

 

Share
Published by
Suzi