Wajah Terkini Puteri Ameerah Yang Semakin Cantik Persis Ibunya Azrinaz Mazhar Hakim

15487

Umum sudah mengetahui bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang anak hasil perkahwinannya bersama Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah. Kedua-dua cahaya matanya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Foto: Instagram @qudynaziz

Kejelitaan yang dimiliki oleh YTM Puteri Ameerah mencuri tumpuan kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Ramai yang menyifatkan kejelitaan milik Puteri Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya, Azrinaz.

Foto: Instagram @qudynaziz

YTM Puteri Ameerah yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu telah pun berusia 11 tahun pada tahun ini. Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).

Azrinaz pula telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018 berhasrat untuk menambah zuriat jika diizinkan oleh Allah SWT.