Wanita Mesti Istiqamah Jaga Kecantikan Diri, Kekal Menawan Dengan Trend Terbaharu 2023

Kedatangan 2023 seharusnya diraikan dengan harapan tinggi untuk lebih menyerlah dari tahun-tahun sebelumnya. Majukan kerjaya. Bahagiakan keluarga. Begitu juga kecantikan dan penjagaan diri sendiri. Tidak lagi terabai, kaum wanita khususnya Muslimah harus lebih matang soal penjagaan kulit, rambut dan produk solekan terkini.

Cantik luaran harus selari dengan dalaman. Karakter wanita yang kuat dan berkeyakinan tinggi tumbuh dari sikapnya yang menitikberatkan penjagaan diri. Khasnya wanita muda berkerjaya dan baru berkeluarga. Sesibuk apa pun, sayangi diri sendiri dahulu supaya kita mampu menyayangi orang lain dengan baik. Zaman ini pun makin mudah nak membeli-belah, kalau nak cantik, order online sahaja!

Menyingkap trend pembelian barangan kecantikan online, kini ramai wanita masih setia menggunakan platform membeli-belah secara dalam talian kerana himpunan terbaik, harga berpatutan dan tawaran menarik yang ditawarkan. Sebelum beli, boleh baca dahulu review

pengguna lain. Pilihan Nona tentulah shopping di LazBeauty oleh Lazada Malaysia.

Sebenarnya Lazada memang terkenal sebagai destinasi membeli-belah kecantikan dan sumber inspirasi No. 1 di Malaysia. Di LazBeauty, kategori produknya sentiasa dikemaskini bagi memastikan pembeli dapat mengikuti trend kecantikan, solekan dan penjagaan tubuh badan yang sedang popular di seluruh dunia.

 

TREND BAHARU

Apakah barangan kecantikan yang selalu dicari oleh wanita?

Merujuk kajian The Benchmarking Company terhadap ribuan pembeli wanita di Amerika Syarikat, kebanyakan mereka minat untuk mencuba produk baru dari kategori penjagaan kulit (64%), penjagaan rambut (58%) dan mekap (54%) pada tahun 2023.

Sama seperti wanita di Malaysia yang gemar memanjakan wajah dan inginkan kulit lebih cerah, produk penjagaan kulit seperti topeng muka (jenis sheet atau peel) antara yang paling dicari di platform membeli-belah online. Begitu juga produk yang mengandungi Retinol serta vitamin C, mudah sangat nak pilih dan bandingkan harga.

Untuk wanita Muslimah yang bertudung, penjagaan yang rapi seharusnya bermula dari dalam iaitu rambut anda. Dengan menggunakan produk penjagaan rambut yang betul dapat merawat pelbagai masalah seperti keguguran, kelemumur dan rambut berbau. Di LazBeauty, anda boleh mendapatkan lebih daripada sekadar syampu dan perapi, bahkan pupur rambut, dry shampoo

atau kit pewarna rambut di rumah yang sesuai untuk mahkotamu.

Bagi yang suka bersolek, boleh dapatkan bekalan mekap anda pada harga yang jauh lebih berpatutan. Di LazBeauty, anda boleh dapatkan palet pembayang mata daripada koleksi musim terkini, segala pensel dan berus solekan, serta macam-macam lagi di hujung jari. Memang jimat duit minyak, tol dan parking kalau membeli-belah atas talian ni.

 

TEMU JANJI LAZLIVE

Wanita cantik sebenarnya yang istiqamah dan berdisiplin dengan amalan kecantikannya. Selari dengan trend penjagaan diri dan stail yang sentiasa berubah, inilah masanya untuk menambah ilmu pengetahuan termasuk tip dan helah kecantikan yang praktikal. Salah satu saluran yang bermanfaat adalah dengan menonton LazLive oleh Lazada.

Antara yang mesti ditonton adalah Fiesta Virtual LazBeauty pada 26 Februari di LazLive, TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.

Festival kecantikan siaran langsung ini diadakan selama 12 jam tanpa henti bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Macam-macam ada termasuklah sesi tutorial secara langsung, demonstrasi produk, sesi soal jawab dengan selebriti, mekap artis dan hairstylist selebriti terkenal, selain pakar dermatologi dan banyak lagi.

Terdapat juga lebih 5,000 tawaran hebat untuk produk best-selling daripada jenama ikonik dengan tawaran setiap jam, kejutan potongan harga dan permainan interaktif untuk memenangi sampel produk atau beg pouch kecantikan Lazada. Jadi, jangan lupa temu janji kita!

Apa tunggu lagi, daftarlah jadi ahli LazBeauty untuk jadi wanita berinspirasi dan disenangi ramai. Mudah sangat, tekan link di sini.

Keahlian ini pastinya memberi lebih nilai dan penjimatan kepada anda kalau membeli-belah di LazBeauty. Setiap ahli baru LazBeauty juga dapat potongan tambahan RM5 apabila mendaftar, dan terdapat banyak baucar dan diskaun harian untuk dinikmati dengan setiap pembelian.

Tambahan lagi, anda juga boleh rebut tawaran exclusive bundles daripada jenama-jenama kecantikan popular dalam tempoh kempen (14-29 Februari) umpamanya Maybelline, L’Oreal Paris, Garnier, L’Occitane dan Nivea. Bestnya!

IKLAN
Share