
Melangkah ke era ekonomi Islam moden, World #Quran Convention 2025 bakal berlangsung pada 6 & 7 Disember ini di Dewan Perdana, MITI Kuala Lumpur. Dengan tema ‘Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges’, konvensyen anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) ini menjadi tumpuan dunia Islam.
World #Quran Convention 2025 membawa mesej mendalam tentang ekonomi Islam moden dan konsep Trade With Allah. Tahun ini, Surah Al-Saff menjadi asas perbincangan yang menyorot konsep Tijarah – perdagangan dan urusan ekonomi berteraskan keikhlasan serta keseimbangan spiritual. Ia menyeru umat Islam melihat kekayaan sebagai amanah dan pekerjaan sebagai ibadah yang membawa nilai moral dan spiritual.
Menurut Pengarah WQC 2025, Ustaz Nouman Ali Khan, perjalanan melalui Al-Quran dan ekonomi global adalah satu seruan untuk rediscover balance
. Konvensyen dua hari ini menghimpunkan lebih 20 ilmuwan dan tokoh ekonomi Islam dari seluruh dunia bagi membincangkan solusi terhadap cabaran ekonomi moden.Antara sesi utama yang bakal berlangsung termasuk Unlimited Quran Miracle, Pillars for Trade & Economy, serta Humane Economy: The New Paradigm. Setiap sesi akan membincangkan bagaimana prinsip Islam seperti Al-Adl (keadilan), Al-Ihsan (ihsan), Al-Halal wa Al-Tayyib (sumber halal lagi baik), dan Al-Tawazun (keseimbangan) dapat membentuk sistem ekonomi beretika dan berasaskan belas kasihan.
World #Quran Convention 2025 juga menonjolkan peranan wanita sebagai ejen perubahan sosial dan moral dalam ekonomi Islam moden. Melalui Wilayah Economy Declaration, peserta diajak memahami konsep Saaff – saf kepimpinan wanita berdisiplin dan berprinsip yang menjadi teras pembangunan masyarakat berdaya tahan. Gerakan #Saff12Movement pula menekankan bahawa membina ummah bukan sekadar strategi ekonomi, tetapi dengan hati yang berzikir dan akal yang berfikir.
Selain Ustaz Nouman Ali Khan, WQC 2025 turut menampilkan penceramah antarabangsa seperti Dr. Imran Alvi dari Oxford Intellect; Ustaz Fazrul Ismail dari Warisan Ummah Ikhlas Foundation; serta Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin, Pengerusi Dagang NeXchange Berhad. Setiap tokoh akan membawa dimensi baharu melalui sesi seperti “Beyond Business: Tijarah with Divine Purpose”
dan perbincangan industri halal global.Tiket individu untuk menyertai konvensyen ini berharga RM500, manakala pakej kumpulan berharga RM10,000 dengan pelbagai faedah seperti sijil penyertaan, rakaman sesi penuh dan latihan eksklusif. Program ini juga HRD Corp Claimable, menjadikannya peluang terbaik untuk profesional Muslim memperkukuh kefahaman spiritual dalam kerjaya masing-masing.
Lebih daripada sekadar konvensyen, World #Quran Convention 2025 adalah gerakan pembaharuan dalam ekonomi Islam moden. Ia menyeru umat Islam untuk menilai semula kejayaan bukan hanya berdasarkan keuntungan, tetapi juga pada nilai tauhid, taqwa dan tasbih. Inilah erti sebenar Trade With Allah
— perdagangan yang tidak akan rugi, menjanjikan pulangan abadi di dunia dan akhirat.Buat para Muslimah dan seluruh peserta, inilah peluang untuk memperkasa diri dengan kefahaman Al-Quran yang membentuk jiwa dan minda. Sama ada anda usahawan, pelajar, ibu atau profesional, WQC 2025 menjanjikan pengalaman rohani mendalam yang mengilhamkan gaya hidup Islam moden. Dalam setiap urusan, apabila niatnya lillah, kerja dan ekonomi menjadi ibadah yang bermakna.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/bot-bergegar-rasa-luruh-jantung-farah-lee-saksi-detik-mencemaskan-dalam-misi-global-sumud-flotilla/
This website uses cookies.