Sungguh indah keajaiban doa. Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati kita. Dia jualah yang menentukan perkara terbaik untuk kita.
Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk hari terakhir bulan Jamadil Akhir. Saat berkumandangnya azan Maghrib maka masuknya 1 Rejab. Dan esok (23 Januari 2023) bermulalah bulan Rejab 1444H.
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya menyeru umat Islam agar mengambil peluang malam terakhir bulan Jamadil Akhir ini dengan melipatgandakan amalan ibadah.
Tulis Ustaz Don Daniyal: –
“Dalam kitab As-Syafie, ia adalah malam mustajab doa. Kebiasaanya para ulama akan buat ibadah atau ‘event ibadah’ seperti berzikir, bermunajat, membaca Al-Quran.
Ads
“Maka saya menyeru kepada semua, malam ini jangan tinggal peluang untuk berdoa untuk malam mustajab doa, Insha-Allah. Selamat menyambut bulan Rejab.”
Berikut 9 cadangan aktiviti malam 1 Rejab 1444H oleh Ustaz Don Daniyal: –
1) Majlis ilmu. Dalam majlis ilmu sentiasa ada doa.
Ads
2) Majlis bacaan Yaasiin & tahlil arwah.
3) Majlis bacaan doa selamat.
4) Majlis Zikir. Zikir-zikir dalam wirid, ratib, hizib, dan lain-lain yang kita biasa baca tu, semua tu doa la tu.
5) Majlis bacaan maulid. Ini pun penuh dengan doa dan mohon syafaat Rasulullah SAW.
Ads
6) Belanja makan. Sekurang-kurang ada doa makan yang minta keberkatan. Cuma, jangan lupa doakan juga orang yang belanja kita.
7) Bagi sedekah. Bukan online saja. Pi bagi betoi-betoi nu kat rumah anak yatim ka, orang susah ka, orang miskin ka, member atau keluarga yang dalam belenggu hutang ka. Paih tu, minta depa tolong doa kat kita. Apa hajat kita, bagitahu dia. Minta tolong dia doa.
8) Perbanyak solat sunat. Dalam solat dan hujung solat, dan lepaih solat banyak momen untuk doa.
9) Baca Quran. Sambil-sambil baca ayat pasai azab, doa minta lindung. Sambil-sambil baca doa nikmat dan syurga, minta masuk. Sambil-sambil tu, ready jugak nak sambut Ramadhan. Kan?
Selamat beramal semua. I Love You All
Selain waktu mustajab, rajinlah juga berdoa kepada Allah pada setiap masa tanpa hanya menunggu waktu-waktu tertentu sahaja kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.
Semoga amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup.
Kredit Foto: Instagram Ustaz Don Daniyal
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
11% atau 227 daripada 2,043 orang yang tersenarai dalam FORBES’ World’s Billionaires adalah wanita dengan harta terkumpul $852.8 bilion atau RM3,673,517,000,000.
Bertuah dilahirkan dalam dulang emas, majoriti daripada senarai wanita terkaya di dunia ini mewarisi harta kekayaan daripada keluarga mereka. Jom kita semak siapakah wanita-wanita terkaya di dunia ini menurut senarai FORBES 2017.
(1) Liliane Bettencourt, pewaris L’Oreal
Nilai harta: $39.5 bilion atau RM168,961,250,000
(2) Alice Walton, anak perempuan tunggal pengasas Wal-Mart, Sam Walton
Nilai harta: $33.8 bilion atau RM144,579,500,000
(3) Jacqueline Mars, cucu pengasas coklat Mars
Nilai harta: $27 bilion atau RM115,492,500,000
(4) Maria Franca Fissolo, menantu pengasas Nutella dan balu pengasas Ferrero Rocher
Nilai harta: $25.2 bilion atau RM107,793,000,000
(5) Laurene Powell Jobs, balu Steve Jobs
Nilai harta: $20 billion atau RM85,550,000,000
Benarlah apa yang dikata, si sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya yang tidak jemu memberikam sokongan tanpa henti. Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang diraikan bulan ini, hantaran terkini Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya nyata menyentuh hati warga maya.
Manakan tidak, satu satu video penghargaan yang dirakam senyap-senyap dan dihantar kepadanya menyaksikan Datin Wong Mew Choo tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar atlet nombor satu negara ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.
Menurut Chong Wei, dia nyata sebak apabila melihat video itu sambil turut mengakui mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran seorang wanita yang cukup istimewa di dalam hidupnya.
“Ada seseorang individu secara rahsia merakam video ini (Mew Choo sedang menangis) dan menghantarnya kepada saya. Ketika itu saya sedang berkongsi berkenaan detik paling sukar dalam hidup saya. Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini.
“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia,” katanya
Dalam hantaran berkenaan, Chong Wei turut memuji tingkah laku anak keduanya Terrance yang menenangkan ibunya sambil secara berseloroh bertanyakan di mana anak sulungnya, Kingston ketika itu.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Datuk Lee Chong Wei dan Datin Mew Choo yang dibina sentiasa bahagia dan kekal aman damai sehingga ke akhir hayat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesaat lagu berhantu, Menghitung Hari tiba-tiba berkumandang di corong radio, rasa rindu terhadap khabar diva Indonesia ini pun menyapa.
Semenjak Krisdayanti berumah tangga, sudah agak lama beliau menyepikan diri. Tapi walaupun jarang muncul membuat persembahan terbuka, namun beliau aktif mengemas kini perkembangan terbaru di media sosial.
Hari ini di Instagram miliknya @krisdayantilemos, wanita bermata galak ini terlihat memuat naik beberapa keping foto memakai hijab.
Kapsyen foto tersebut bertulis:
Salam jumat barokah, semoga Allah menuntun kita amin. Selamat beramal
Wore beautiful @detchsyari
Jubah dan khimar rona biru muda itu disempurnakan dengan solekan sederhana pada wajah Krisdayanti. Cantik dan sopan!
Terubat rindu melihat gaya terbaru Krisdayanti dalam busana Muslimah. Semoga menjadi permulaan yang baik buat Krisdayanti serta para peminatnya. Sama-sama kita doakan, insyaAllah. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!