Tetap Cun Walau Dah Beranak 3, Ini Wajah Terkini Isteri KHAIRUL FAHMI CHE MAT!

Tetap Cun Walau Dah Beranak 3, Ini Wajah Terkini Isteri KHAIRUL FAHMI CHE MAT!

Agak lama tak dengar cerita tentang pasangan romantis ini. Masih teringat lagi betapa hangatnya kisah cinta mereka lebih enam tahun lalu ketika masing-masing berada di puncak kerjaya. Leuniey waktu itu bukan saja sukses dalam bisnes andaman malah aktif sebagai model sambilan. Tidak kurang juga Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan nama besar dalam arena bola sepak negara iaitu selaku penjaga gol pasukan kebangsaan dan Kelantan.

Kini, setelah hampir tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan… isteri Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek ini tetap cantik dan menawan. Tambahan pula, sejak dia mengenakan hijab. Memang terserlah keayuan gadis Melayu!

Sudah sebati dengan dunia perniagaan, ibu muda ini masih bergelar usahawan dengan menguruskan bisnes tudungnya, Leuniey Natasha Hijab di samping menceburi kerjaya jurusolek. Apek pula kini menjadi penjaga gol untuk pasukan Melaka United.

Mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2012, pasangan ini baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiga mereka pada Jun yang lalu. Terdahulu, mereka dikurniakan Kayla Elayna yang kini berusia 4 tahun dan Khaleel Emir berumur 3 tahun.

Terkenang kembali momen Nona bertemu suami isteri ini pada tahun 2012 waktu mengabadikan potret mereka berdua sebagai Penghias Muka Depan. Harapan Nona agar rumah tangga yang dibina Apek dan Leuniey sentiasa dirahmati Allah SWT dan berkekalan hingga ke jannah di samping anak-anak tersayang.

Sumber: Instagram Leuniey Natasha Official

 

 

Tak Sampai 70 Post, Followers AISHWARYA RAI Dah Cecah 4 Juta!

Tak Sampai 70 Post, Followers AISHWARYA RAI Dah Cecah 4 Juta!

Dah namanya pun bekas Ratu Cantik mestilah ramai pengikut, kan? Walaupun sudah berkahwin dan ada anak tapi Aishwarya Rai buktikan populariti dirinya tetap bersinar seperti dulu. Masih ‘ditemani’ peminat setia dan menjadi buruan lensa kamera serta lamaran jenama terkenal untuk menghiasi kempen promosi mereka. Untung jadi orang cantik!

Bukan hanya terpegun dengan kecantikan Aishwarya yang tidak pudar dimamah usia, keputusan aktres popular India ini membuka akaun Instagram Mei lalu turut menjadi perhatian ramai. Masakan tidak, dalam masa kurang 3 bulan saja bilangan pengikut Aishwarya mencecah 4 juta orang. Posting pun kurang 70 dan langsung tak following mana-mana individu.

Selain berkongsi foto terbarunya bersama suami tercinta, Abhishek Bachchan dan anak, Aaradhya.. Aishwarya turut memuat naik momen indah sepanjang berada di Kota Cinta, Paris sempena menjayakan kempen jam tangan mewah yang diwakilinya, Longines.

Lebih menarik, kedatangan Aishwarya ke Paris waktu itu sangat bermakna apabila dia sekeluarga dapat melihat sambutan rakyat Perancis meraikan pasukan bola sepak negara itu menjulang Piala Juara World Cup 2018.

Terdahulu, Aishwarya diundang menghadiri Festival Filem Cannes ke-71. Apa yang pasti, penampilan Miss World 1994 ini ke majlis berprestij tidak pernah menghampakan. Kali ini, Aishwarya menyarung busana indah, unik dan menawan daripada pereka terkenal, Micheal Cinco.

Circle of Life 💖😍✨

A post shared by AishwaryaRaiBachchan (@aishwaryaraibachchan_arb) on

Khabarnya, gaun rama-rama sepanjang 3 meter itu diperbuat daripada butiran kristal Swarovski dan French pailettes yang menggabungkan rona violet, merah dan biru. Bahkan ia mengambil masa 3000 jam untuk disiapkan.

Sumber: Instagram Aishwarya Rai

 

Tan Sri Zaharah Wanita Kedua Pegang Jawatan HAKIM BESAR MALAYA, Berpengalaman Lebih 40 Tahun Dalam Bidang Perundangan!

Tan Sri Zaharah Wanita Kedua Pegang Jawatan HAKIM BESAR MALAYA, Berpengalaman Lebih 40 Tahun Dalam Bidang Perundangan!

Wow, bangga bila kredibiliti kaum wanita sekali lagi diperakui dan diangkat menyandang jawatan tertinggi dalam institusi perundangan negara. Apa yang pasti pencapaian Tan Sri Zaharah Ibrahim ini mampu menjadi suntikan semangat buat para wanita terutamanya yang berkecimpung dalam bidang undang-undang untuk memasang impian menyandang jawatan sama suatu hari nanti.

Jujurnya, rasa terharu dan sebak saat menyaksikan upacara angkat sumpah tersebut yang berlangsung semalam. Kejayaan Tan Sri Zaharah membuktikan setiap wanita berpeluang menjadi individu penting dalam sesebuah organisasi asalkan mempunyai pemikiran yang tajam dan sarat dengan ilmu pengetahuan. Dengan selesainya upacara berkenaan, sekaligus menjadikan wanita berusia 66 tahun ini memegang jawatan ketiga tertinggi dalam institusi perundangan Malaysia. Bukan calang-calang tugas tu!

Tan Sri Zaharah menggantikan jawatan yang dipegang Tan Sri Ahmad Maarop yang kini dilantik Presiden Mahkamah Rayuan. Sebelum ini, Tan Sri Datuk Siti Norma Yaakob pernah diberi kepercayaan menggalas tugas Hakim Besar Malaya pada tahun 2005 hingga 2007 sekaligus menjadikan beliau wanita pertama menerima pengiktirafan besar itu.

Hadir menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan ialah Peguam Negara Tommy Thomas, wakil Bar Malaysia, Roger Chan dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop.

Tan Sri Zaharah dilahirkan di Johor Bahru pada 17 November 1952 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Beliau kemudian menyambung pengajian di Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Kerjaya beliau dalam bidang perundangan bermula pada 26 April 1977 sebagai Pegawai Undang-undang (Sangkut) sebelum dilantik dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Majistret Melaka Tengah dan Majistret Litar di Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah dan Merlimau.

Selain itu beliau juga menjawat jawatan Penolong Kanan Penggubal Undang-undang  Parlimen dari 1 Januari 1981 hingga 15 Februari 1992 di Seksyen Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Tan Sri Zaharah kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Harta Intelek di Bahagian Harta Intelek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 16 Februari  hingga 15 Julai 1992. Beliau seterusnya menjadi Timbalan Penggubal Undang-undang Parlimen (ll) pada 16 Julai 1992 hingga 31 Mac 1994 sebelum dilantik Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.

Sementara itu pada 1 Ogos 1996 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan memulakan perkhidmatan sebagai hakim mahkamah atasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam. Terdahulu, Tan Sri Zaharah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015.

Sumber: Sinar Harian

 

Ingatkan Sakit Biasa Je, Rupa-Rupanya Dah Hidap KANSER LIMFOMA Tahap 4!

Ingatkan Sakit Biasa Je, Rupa-Rupanya Dah Hidap KANSER LIMFOMA Tahap 4!

Allahu, dia baru berusia 23 tahun tapi dugaan yang Allah berikan kepadanya sangat besar. Mungkin empunya diri pun tak pernah terlintas akan menghidap penyakit ini. Mahu atau tidak, inilah takdir yang perlu ditempuh Nur Farlena.

Meskipun sukar menerima kenyataan pada awalnya, namun sokongan padu ibu tersayang dan keluarga membuatkan wanita ini cekal melawan sakit.

Apa yang pasti, catatan ‘perjuangan’ Farlena yang dikongsikan di Facebooknya hari ini mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka yang membaca coretan ringkasnya melahirkan reaksi positif.

“Aku baru kerja setahun, tak sah jawatan lagi baru nak rasa pikul tanggungjawab tu ermm dah sakit. Aku sakit sejak tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai 2 bulan. Malam-malam badan panas sangat.

Hujung bulan 12 sakit belakang pulak, X-ray takda apa-apa. Refer Ortho, refer Physio. Aku pergi TCA, aku banyak MC masa kerja sebab aku tak tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan. Sakit. Tapi aku masih boleh berjalan. Awal 2018, aku start demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji kat leher. Aku jumpa doctor hospital, doctor kampung pun aku jumpa tapi still sakit. Biji tu pulak makin banyak dan aku mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.

28/4/2018 aku kerja shift pagi. Masa tu memang tengah semput tapi sr suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik motor buruk aku pergi klinik staff. Dekat klinik staff, buat X-ray, ambik darah semua. Doktor kata paru-paru ada air, lungs teruk sangat… refer medical. Suspek TB pulak. Maka admit wad.

Dekat wad aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum 3 kali, negatif. Ambil biopsy dekat leher, dekat lung (tak dapat-dapat detect juga). Aku dah on ubat Tibi dah, pahit, banyak, tak sedap pulak tu. Last-last ambil biopsy dekat celah paha aku, ambil biji tu. Seminggu lepas tu baru tahu lymphoma.

Eh, sepanjang aku kat wad aku semput, dari tak pakai oksigen, kena pakai high flow mask. Nasib tak intubate je. Aku kena cucuk sana-sini, dekat belakang, tepi, nak buang air. Bayangkan apa aku rasa? Pleural taping banyak kali. Chest tube aku 3 kali kena. Kiri kanan pulak tu. Sakit, pedih. Nak buat macam manakan, kalau tak aku semput, tak boleh nak bernafas. Seksa weh, aku rasa saat nak hilang nyawa tu macam mana, Allah bagi aku rasa.

23/5/18 diagnos cancer lymphoma, 24/5/18 transfer Hospital Ampang. Petang doctor review kata dah stage 4 . Aku hilang arah masa tu, air mata bertan-tan juga lah. Tengok mak kat sebelah, lagi aku sedih. Lama-lama aku reda, aku cuba lawan.

Ulser di mulut kesan kemoterapi

Sekarang aku dah kemo kali ketiga, inshaAllah nanti proceed untuk yang seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa, terima sakit dengan reda. Jangan stress, stress punca kanser merebak. Tenang-tenang je. Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga aku, sahabat-sahabat dan ada seseorang yang masih setia bersama aku walaupun aku macam ni. Doakan aku tau. Panjang lagi perjuangan aku ni. Kemo tak habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak bantu aku. Much of love.”

Benar, sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Mungkin ini juga salah satu ‘cara’ Yang Maha Esa menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepadaNya. Berdoa dan tawakal dengan ketentuan ini. Moga ada sinar hidayah di penghujungnya kelak.

Sumber: Facebook Nur Farlena

Pakai JUBAH Pun ‘Steady’ Timbang Bola, Bakat Gadis Ini Cipta Fenomena!

Pakai JUBAH Pun ‘Steady’ Timbang Bola, Bakat Gadis Ini Cipta Fenomena!

Tengok aksi wanita menimbang bola bukan lagi perkara asing. Tapi bila gadis muslimah yang lengkap berhijab dan pakai jubah buat perkara sama, itu memang luar biasa! Seperti yang sedang tular di media sosial kebelakangan ini.. bakat dan kelincahan gadis berusia 18 tahun, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi melakukan free style football ternyata mengejutkan ramai pihak. Masakan tidak, bidang yang selama ini dimonopoli kaum lelaki kini turut dikuasai golongan wanita. Beragama Islam pula tu, memang rare!

Difahamkan Nisa mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada tahun 2016 dan berlatih mempelajari teknik baru hanya melalui YouTube. Sambil mempamerkan gaya bersahaja menimbang bola dengan berjubah, anak sulung daripada tiga beradik ini menafikan tindakannya memuat naik video tersebut di media sosial miliknya bukan untuk meraih perhatian netizen, jauh sekali menambah followers.

Sebaliknya, ia sekadar ingin berkongsi minat dunia sukan berkenaan sejak menemani adik lelakinya bermain futsal dua tahun lalu.

“Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetapi yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak,” kongsinya yang berlatih selama empat hingga lima hari seminggu.

Kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan anak gadis ini, bapa Nisa yang pada mulanya menentang akhirnya akur dengan minat pelajar jurusan Asasi Bahasa Arab dan Sains Islamik di Universiti Al-Madinah, Shah Alam tersebut.

Free styling in baju kurung is 1000x harder than usual. Jangan risau, belum pernah baju kurung saya koyak sebab free style.”

Sumber: Instagram Qhouirunnisa

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: