Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, penampilan Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong makin berseri dengan wajah yang manis.
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah ‘rahsia’ penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.
Tak Sempurna! Emma Maembong Pernah Alami Fasa ‘Breakdown’
Ketika ditemubual NONA, Emma menyatakan bahawa dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang tidak terlepas dari menghadapi masalah kulit.
Emma turut berkongsi tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana pada ketika itu dia mengalami masalah kulit wajah yang agak kronik.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang.
Ads
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan kulit wajah dan fizikal badan saya, ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Pelakon berusia 32 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi terutamanya ketika sedang hamil.
Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
Ads
Lepas Bergelar Ibu, Emma Makin Pandai Kawal Emosi Dan Kecantikan
“Bila dah hamil kali kedua saya semakin matang tak mudah melatah, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Ads
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua hero Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Hanya kerana hendak selalu nampak cantik, Jessica Simpson sanggup berbelanja besar! Dunia kecantikan sememangnya cukup sinonim dengan kehidupan wanita. Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar public figure. Dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya mahu kelihatan sempurna. Obses kepada kecantikan, selebriti Hollywood ini dilaporkan berbelanja sebanyak USD1 juta setahun semata-mata untuk membiayai rawatan kecantikan diri.
Memetik laporan TVNZ, aktres berusia 34 tahun yang juga ibu tiga anak tersebut tidak kisah berbelanja besar setiap tahun demi memastikan dia dapat sentiasa tampil cantik dan menawan. Antara rejim kecantikan Jessica termasuk rawatan menggelapkan kulit setiap minggu dan rawatan laser bagi menghilangkan selulit yang dilakukannya setiap bulan.
Menurut salah seorang sumber, “Dia menghabiskan wang yang banyak untuk mengekalkan kecantikan diri khususnya dari segi kulit, wajah, kaki dan rambut. Setiap minggu dia akan melakukan rawatan tanning dan tertarik dengan eyelash extensions hingga sanggup membayar 500 dolar per sesi kepada perunding kecantikan yang datang ke rumahnya dua kali seminggu bagi memastikan ia dalam keadaan baik.”
Isteri kepada Eric Johnson ini juga khabarnya menjalani rawatan laser membuang selulit yang dianggarkan berjumlah 2,000 dolar setiap bulan selain membuat rawatan menganjalkan bahagian peha dan punggung. Daripada USD1 juta yang dibelanjakan… 230,000 dolar pula digunakan untuk on-call hairstyling sementara 50, 000 dolar lagi bagi mencantikkan buah dada.
Wow, terkejut dengan ‘pelaburan’ besar Jessica untuk kecantikan! Saat selebriti Hollywood lain mengakui hanya mengamalkan minum air putih dan makanan sihat untuk kekal cantik… Jessica tampil berbeza dengan mendedahkan rejim kecantikan luar biasanya. Meskipun amalan kecantikan pemilik label kasut dan rangkaian busana Jessica Simpson ini kurang disenangi, tapi kalau memang dah banyak duit apa salahnya.
Mungkin bagi Jessica, ini merupakan salah satu cara dia menghargai tubuh yang dimiliki dan berasa puas dengan apa yang diinginkan. Lagipun Jessica bukan calang-calang wanita kerana selain bergelar pelakon dia juga terkenal sebagai penyanyi berbakat besar, usahawan berjaya dan isteri serta ibu yang perlu sentiasa kelihatan cantik. Bukan sahaja ketika berada di khalayak tetapi juga di depan suami dan anak-anak.
Sumber: TVNZ
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Eh, jangan terlalu teruja memakai gincu sehingga anda kelihatan seperti badut! Cuba selidik dahulu kekuatan dan kelemahan rupa paras kita, sebelum memilih gincu bibir mana yang perlu dibeli supaya nanti anda tidak ditertawakan.
PANDUAN MEMILIH
(a) Untuk kegunaan harian
Pilih warna dua kali lebih gelap daripada kulit wajah anda.
Buat perbandingan di antara warna senada merah jambu dan merah. Merah jambu dan merah sangat sesuai untuk semua jenis tona kulit dan nampak ‘kena’ untuk kebanyakan gaya penampilan dan gaya rambut.
Jangan terlalu menonjolkan warna bibir pada waktu siang, kecuali anda akan menghadiri majlis keraian.
(b) Merah yang sesuai
Kenal pasti tona kulit anda. Adakah ia cerah, sederhana cerah, kuning langsat atau gelap?
Cara pilih warna gincu yang sesuai dengan kulit:
Untuk kulit cerah, merah gelap atau coral red dengan undertones merah jambu sesuai untuk anda.
Bagi anda yang berkulit kuning langsat, merah jambu atau biasan kranberi dan merah bata menonjolkan seri wajah.
Jangan risau jika anda berkulit gelap. Pilih rona gincu seperti merah dengan biasan warna merah burgundy atau coklat.
Merah adalah pilihan terbaik dan universal. Anda tidak mungkin kelihatan janggal dengan warna ini!
(c) Tip membeli gincu
Cuba dahulu baru beli. Warna yang terpapar di bahagian luar kotak gincu biasanya boleh mengelirukan dan tidak tepat.
Bersihkan gincu yang masih bersisa sebelum mencuba warna gincu yang lain agar anda boleh membuat perbandingan dengan tepat.
Kombinasi di antara warna gincu sedia ada dan gincu yang dicuba mungkin nampak cantik bersama atau mungkin sebaliknya. Minta makeup remover daripada jurujual berhampiran.
Wajah polos tanpa solekan adalah cara terbaik untuk melihat keserasian di antara warna gincu dan kulit anda. Solekan lain hanya akan menjadi ‘halangan’ untuk anda membuat pilihan.
Minta bantuan jurujual untuk membolehkan anda membuat keputusan. Pandangan profesional membantu anda membuat pilihan yang sesuai dengan tona kulit.
(d) Padanan gincu bibir dengan penampilan
Jangan oles gincu bibir yang sama warna dengan baju anda. Baju merah dan gincu merah misalnya akan kelihatan tidak menarik.
Pilih salah satu, solekan mata dramatik atau olesan rona gincu bibir yang dramatik. Maskara dan penggaris mata berwarna coklat gelap di antara alis mata sudah mencukupi untuk kelihatan menawan.
Apabila anda menggunakan solekan smokey eye, gincu dengan rona merah jambu lembut atau nude adalah padanan terbaik. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin menginjak usia makin terserlah kecomelan dua puteri kesayangan Che Puan Juliana Evans! Memuat naik gambar kedua-dua anak perempuannya di media sosial baru-baru ini, perkongsian tersebut bukan hanya menarik perhatian warga maya. Bahkan meraih pujian peminat yang teruja melihat perkembangan terkini Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan adiknya, YM Tengku Saidatul’Ihsan Putri.
Berkongsi kapsyen, “My world, my life, my best friends.” Selebriti cantik ini terserlah bahagia di samping anak-anak dan suami tercinta.
Kecomelan 2 Puteri Che Puan Juliana Jadi Tumpuan
Menerusi salah satu posting Che Puan Juliana sebelum ini, bekas pengacara program Remaja berkenaan menzahirkan rasa syukur dikurniakan dua anak dan status seorang ibu menjadikannya lebih matang dan kuat.
“Becoming a mother makes you realise that you can do almost anything one-handed.”
Bersandarkan status anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor, tidak hairanlah kedua-dua permata hati Che Puan Juliana dan Tengku Sharrifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj menjadi tumpuan peminat.
Dua puteri Che Puan Juliana membesar sihat dan ceria. Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah misalnya kini menginjak usia enam tahun. Sementara Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri bakal berusia dua tahun pada 17 Jun depan.
Tak dinafikan puteri kedua Che Puan Juliana ini mempunyai banyak persamaan raut wajah dengan ibunda tersayang.
Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans bahagia dan teruja menggalas tugas ibu.
Apatah lagi dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata. Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!