Dari kecil lagi sudah terserlah wajah cantik Eyka Farhana. Orangnya bukan hanya dikurniakan rupa paras memikat bahkan dia juga berbakat dalam bidang seni. Bersandarkan penampilannya yang bergaya dan kecil molek, pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar Eyka.
3 Februari lalu aktres jelita ini genap berusia 31 tahun. Menerusi perkongsian di media sosial, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu tersayang atas layanan serta kasih sayang tidak berbelah bahagi buatnya sejak kecil.
Malah, Eyka Farhana turut berkongsi foto kenangan dirinya bersama ayah, ibu dan adik-beradik sewaktu kecil.
“Happy birthday Wan Atiqa Farhana. Looking at this little girl reminds me how far I’ve come. Thank you to myself for growing, for surviving, for becoming stronger than I ever knew I could be. You did so well Eyka.
Ads
And Mama, thank you for loving me from my very first breath. For raising me with patience, prayers and endless sacrifices. This little girl is here today because of you. Alhamdulillah for life, growth and a mother who loved me before the world did. Btw, I miss you kakak (Al-Fatihah).”
Suami Eyka Farhana Buat Kejutan
Bersempena hari lahir, suami tercinta yang juga pemain bola sepak iaitu Akhyar Rashid turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suri hati kesayangan.
“Happy birthday to the woman I prayed for, chose and will choose again in every lifetime. I love you so much my wife. Until I found you.”
Kecantikan bekas model, Nik Nafisah Marini pada usia mencecah 50-an sejujurnya amat mengagumkan. Dari segi penampilan serta raut wajah ternyata dia kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.
Tambahan pula sejak menimang cucu pertama tahun lepas, kebahagiaan ‘gramma’ jelita ini makin menjadi-jadi, makin manis berseri-seri!
“Saya baru dapat cucu September 2019, Tengku Hannah Mikaela. Baru masuk 8 bulan minggu lepas,” itu mukadimahnya ketika dihubungi. Si comel berpipi merah itu kini menetap di Fuji, Jepun bersama ibu bapanya yang juga anak dan menantu sulung Nik Marini.
SUKA MANJAKAN DIRI
Meskipun sudah mencapai usia separuh abad, Nik Marini masih kekal cantik dan awet muda. Tak keterlaluan jika dikatakan semakin cantik sekarang dengan kulitnya yang kekal anjal dan tegang.
“Sebenarnya sama je amalan dulu dan sekarang. Saya suka manjakan diri head to toe. Amalkan petua tradisional, pakai bedak sejuk muntah belut, selalu urut-urut, makan jamu dan bersenam. Pantang larang dulu-dulu mana yang boleh ikut, saya ikutlah.
Rahsia rambut lebat ye… (ketawa). Bukan rahsia lagi, saya sampai buat haircare sendiri sebab bagi saya, rambut kita ni sangat penting. Saya rajin buat treatment, detoks rambut, urut kulit kepala, uban pun tak nampak.
Cuma bila masuk umur 53 tahun (insyaAllah pada Disember nanti), berat badan mula naik sikit. Saya belum lagi menopaus alhamdulilah. Kulit pun masih tegang sebab saya rajin pakai manja oil. But overall masih rasa sama macam umur 30-an.”
TETAP MANJA
Walaupun jauh, tapi kecanggihan teknologi mendekatkan. Setiap hari, Nik Marini pasti membuat panggilan video, walaupun sekadar untuk melihat keletah Hannah yang comel. Akaun Instagram wanita ini juga bagai ‘dijajah’ oleh cucunya, penuh gambar-gambar Hannah!
“Anak sulung saya, Tengku Mohammad Idris Al-Ariff sudah 14 tahun di sana. Selepas belajar, dapat kerja sebagai jurutera dan berkahwin. Menantu pun sama.
Saya dah lama tunggu kelahiran Hannah. Maklumlah anak saya dah kahwin 5 ke 6 tahun baru dapat anak. Macam tak percaya pula bila baru ni kami ke Fuji, saya dapat pengalaman baru tengok urusan kelahiran bayi di Jepun. Cara kat situ lain sikit daripada sini.”
Selain ibu bapa Hannah, Nik Marini juga mempunyai seorang lagi anak yang tinggal di luar negara. Tengku Ahmed Syakir, 25 tahun, kini bertugas sebagai anak kapal Qatar Airways dan sedang menetap di sana.
Sementara dua lagi anak-anaknya, Tengku Nafisah Nadirah, 31, bekerja mengajar anak-anak autistik dan berkeupayaan khas serta yang bongsu, Ariff Hashim, 15, masih bersekolah dan menetap dengan Nik Marini di sini.
Sambil berbual tentang aktivitinya sepanjang PKP berkuatkuasa, suara wanita kacukan Melayu-Serani itu tiba-tiba berubah. “Memang berbeza sebab mak saya baru meninggal dunia pada 21 Februari lepas. Kami pun tak boleh buat tahlil sebab PKP.
Bulan perayaan ni pun anak-anak tak dapat balik dari Jepun dan Doha. Jadi yang tinggal anak perempuan dan anak bongsu saya, suami saya dan burung-burung Macaw peliharaan kami.
Di rumah saya sibuk dengan urusan perniagaan online, Marini NaturaleMagic. Hari-hari buat sabun, buat syampu. Diam tak diam dah enam tahun saya buat bisnes berasaskan produk penjagaan rambut dan wajah natural ni.
Selain tu saya juga suka mengait. Buat crochet selimut dan baju cucu. Memasak… Hmm, itu ajelah aktiviti bila di rumah,” jelas Nik Marini yang merupakan anak kepada bekas Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1966, arwah Merlyn Therese Mckelvie @ Farah Abdullah.
HATI PALING PENTING
Bagi Nik Marini, dia percaya bahawa kecantikan yang sebenar bukan diukur dari luaran semata-mata. “Ya, saya jenis tak ganggu orang dan orang pun tak ganggu saya. Saya buat hal sendiri. Kita jaga famili kita. Be a good citizen and good people.
As for me, I just want to relax, be happy and be comfortable. Cita-cita saya nak kejar akhirat dan cari bekalan apa yang tak sempat bekal dulu.
Pesan saya untuk anak-anak dan pembaca semua, stay safe dan jangan keluar sana sini. Kalau tak perlu, tak perlu keluar. Bagi yang ada anak kecil, selalu amalkan basuh tangan.
Khasnya anak-anak saya di luar negara, pakai pelitup muka walaupun orang lain tak pakai. Jangan ambil remeh walaupun orang kat situ ketawakan kita,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat lagi dengan k-drama, Winter Sonata yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu?
Dah lebih 20 tahun drama popular itu meninggalkan nostalgianya yang tersendiri. Winter Sonata yang dibintangi Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo ini merupakan drama Korea Selatan pertama ditayangkan di Malaysia.
Drama 20 episod ini dikatakan berjaya mencipta ‘gelombang Korea’ ke seluruh Asia serta dunia, sehingga telah diadaptasi kepada siri anime dan pementasan muzikal. Hebat betul penangan Winter Sonata!
Teringat pula kepada heroinnya, Choi Ji-woo yang kini sudah pun mencecah usia 48 tahun. Selain Winter Sonata, ibu kepada seorang anak ini pernah membintangi drama popular ‘Beautiful Days’ dan ‘Stairway to Heaven’.
Biarpun usia menghampiri angka 50, kecantikannya seakan tidak memudar. Nona kongsikan penampilan terkini Choi Ji-woo.
GAYA KASUAL
Usia sekadar angka. Ia tetap tak menghalang Choi Ji-woo untuk tampil selesa dengan gaya kasual.
Tetap terserlah kecantikannya walau sekadar berbaju t-shirt polos dan berseluar jeans.
FASHIONABLE
Adakalanya, Choi Ji-woo tampil ‘cool’ dengan dress up yang maksima. nampak lebih fashionable!
LUANG MASA DENGAN ANAK
Choi Ji-woo merupakan ibu kepada seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun. Boleh dikatakan Choi Ji-woo memiliki sikap keibuan yang sangat tinggi apabila sering berkongsi gambarnya bersama puteri comelnya itu.
Untuk info, Choi Ji-woo pertama kali bergelar ibu pada usianya 45 tahun.
Dia dan suami berkahwin pada 29 Mac 2018 iaitu ketika Choi Ji-woo berusia 43 tahun.
Suami Choi Ji-woo adalah bukan dari kalangan selebriti.
AWET MUDA
Selain penampilan, kecantikan Choi Ji-woo juga kelihatan masih terjaga dan awet muda.
Wajahnya kekal glowing biarpun usia sudah mencecah hujung 40an. Malah, pada usia yang matang ini Choi Ji Woo kelihatan lebih menawan!
NIKMATI WAKTU SANTAI
Pada masa lapang, Choi Ji-woo juga sering dilihat bersiar-siar sambil melakukan aktiviti luar.
Dia gemar memuat naik beberapa gambar sambil menikmati aktiviti waktu santainya.
Kredit Foto: Instagram Choi Ji-woo
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah besar panjang anak gadis Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida! Diam tak diam, anak bongsu daripada dua beradik ini sudah pun menginjak usia remaja. Lebih menarik tumpuan, Fea Eryssa memiliki rupa paras menawan dan mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Meraikan ulang tahun kelahiran ke-16 anak gadis kesayangan baru-baru ini, pasangan romantis berkenaan memilih dekorasi rona merah jambu dan putih khas buat Fea.
Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial, Datin Emylia yang juga kakak Emelda Rosmila meluahkan rasa syukur melihat anak gadis kian membesar sihat dan menjadi anak yang baik.
“Today is your birthday our sayang, 5th February. Cepatnya masa berlalu, kejap je dah besar, pejam celik pejam celik dah 16 tahun dah manja mummy daddy ni.
Thank you Fea for being a good girl, soft spoken and a good kind hearted girl and selalu dengar cakap mummy daddy.
Bersyukur pada Allah we have you; we love you so much sayang. Please be manja forever and maintain your soft spoken. Happy birthday our dear sayang Fea Aryssa. Love you forever.”
Dalam hantaran di media sosial, Datin Emylia turut memuat naik beberapa gambar Fea dari kecil hingga remaja.
Turut kelihatan meraikan hari lahir Fea ialah ibu saudaranya, Emelda Rosmila dan suami, Adlin Aman Ramlie.
Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Pasangan selebriti ini juga merupakan pemilik stesen televisyen SUKE TV.
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT dan sudah pun tertulis di Luh Mahfuz. Industri seni tanah air pada 5 Ogos lalu kehilangan seorang bintang berbakat besar dikenali sebagai Cik Man yang telah lama mewarnai dunia hiburan sejak 40 tahun lepas.