Ads

Jerebu Jejas Paru-Paru, Jangan Tunggu Sesak Nafas Baru Bertindak

Jerebu Jejas Paru-Paru
Jerebu Jejas Paru-Paru

Jerebu jejas paru-paru tanpa kita sedari, malah tanda awalnya kadangkala terlalu kecil untuk dianggap serius. Anak yang tiba-tiba kurang menyusu, warga emas yang semakin mudah mengah atau batuk yang semakin kerap mungkin sebenarnya petanda sistem pernafasan mula terkesan akibat pencemaran udara. Jangan tunggu sehingga sesak nafas menjadi semakin teruk kerana mengenali perubahan kecil lebih awal boleh membantu mencegah keadaan daripada melarat.

Lebih membimbangkan, kesan jerebu terhadap paru-paru tidak semestinya bermula dengan sesak nafas yang ketara. Menurut Pakar Perubatan Dalaman, Respiratori & Pulmunologi Intervensi dari Pusat Perubatan Sunway, Dr Syed Ajmal Bin Syed Ali, perubahan kecil terhadap tahap tenaga, keupayaan melakukan aktiviti harian dan corak pernafasan juga perlu diberi perhatian.

“Ramai yang menganggap masalah pernafasan akibat jerebu adalah jelas dan ketara, tetapi tanda amaran terawal sebenarnya agak halus, terutamanya bagi golongan dewasa rentan atau warga emas,” kata Dr Syed.

Pakar Perubatan Kanak-kanak & Respiratori Kanak-kanak dari Pusat Perubatan Sunway, Dr Noor Zehan Abdul Rahim pula berkata, “Bagi kanak-kanak, sesak nafas, atau perubahan pada corak pernafasan dan penyusuan secara tiba-tiba mungkin antara tanda paling awal bahawa jerebu sedang menjejaskan paru-paru mereka.”

Jerebu Jejas Paru-Paru, Kenapa Ia Berbahaya?

Antara pencemar yang perlu diberi perhatian ketika jerebu ialah PM2.5, iaitu zarah halus yang cukup kecil untuk memasuki jauh ke dalam sistem pernafasan. Apabila zarah ini sampai ke saluran dan kantung udara yang lebih kecil, ia boleh mencetuskan keradangan serta meningkatkan penghasilan mukus.

Jerebu Jejas Paru-Paru
Jerebu Jejas Paru-Paru

Kesannya, seseorang boleh mengalami batuk, mengah, dada terasa ketat atau sesak nafas. Risiko pula tidak sama bagi setiap individu.

Warga emas lebih terdedah kerana proses penuaan boleh mengurangkan kapasiti paru-paru serta keupayaan tubuh membersihkan zarah yang disedut. Kanak-kanak pula mempunyai saluran udara lebih kecil dan paru-paru yang masih berkembang, menyebabkan mereka lebih mudah mengalami masalah pernafasan apabila terdedah kepada udara tercemar.

Individu yang menghidap asma atau penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) juga perlu lebih berhati-hati. Walaupun penyakit berada dalam keadaan terkawal, pencemaran udara masih boleh mencetuskan gejala atau serangan.

Ads

Pesakit perlu meneruskan ubat seperti yang dipreskripsikan dan memastikan inhaler pelega sentiasa tersedia sekiranya diperlukan. Ibu bapa yang mempunyai anak menghidap asma pula perlu memahami pelan tindakan asma anak supaya tahu langkah yang harus dilakukan apabila gejala berubah.

Jerebu Jejas Paru-Paru, Cakna Perubahan Kecil Ketika Jerebu

Ketika jerebu, antara perkara paling penting ialah mengenali keadaan normal seseorang dan mengesan sebarang perubahan daripadanya.

Bagi warga emas, perhatikan jika mereka semakin kerap batuk atau berkahak, mudah mengah, mengalami dada ketat atau mula sesak nafas ketika melakukan aktiviti yang sebelum ini mampu dilakukan tanpa masalah.

Jerebu Jejas Paru-Paru
Jerebu Jejas Paru-Paru

Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, tanda awal mungkin muncul melalui perubahan tingkah laku. Hidung tersumbat dan batuk misalnya boleh menyebabkan mereka sukar bernafas ketika menyusu. Bayi juga mungkin menjadi lebih meragam atau mengambil susu kurang daripada kebiasaan.

“Jangan tunggu sehingga kanak-kanak jelas kelihatan sukar bernafas barulah mahu mendapatkan bantuan,” kata Dr Noor Zehan. “Tanda-tanda awal seperti kurang menyusu, meragam tanpa sebab, atau kesukaran bernafas yang semakin meningkat tidak boleh diabaikan.”

Ads

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan?

Bacaan indeks kualiti udara boleh dijadikan panduan untuk mengehadkan aktiviti di luar, tetapi keadaan kesihatan individu tetap perlu menjadi keutamaan.

Dapatkan pemeriksaan perubatan sekiranya sesak nafas, batuk atau mengah semakin teruk, terutama apabila ubat yang biasanya membantu tidak lagi memberikan kelegaan.

Bagi kanak-kanak, bantuan perubatan perlu diperoleh apabila batuk atau selesema mula mengganggu pernafasan atau penyusuan mereka. Jangan menunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius sebelum mendapatkan pemeriksaan.

Kekal Di Dalam Rumah

Ketika kualiti udara merosot, kurangkan aktiviti fizikal berat di luar dan tutup tingkap serta pintu bagi mengurangkan kemasukan udara tercemar.

Ads
Jerebu Jejas Paru-Paru
Jerebu Jejas Paru-Paru

Namun, berada di dalam rumah tidak bermaksud perlu berhenti bergerak sepenuhnya. Kanak-kanak masih boleh melakukan aktiviti atau bermain di dalam rumah, manakala warga emas boleh melakukan senaman ringan mengikut kemampuan masing-masing.

Penapis udara yang mampu menapis zarah halus juga boleh digunakan, manakala penapis pendingin hawa dan pembersih udara perlu diselenggara dengan baik.

Dr Noor Zehan turut mengingatkan bahawa penggunaan essential oil bukan kaedah untuk menangani masalah jerebu kerana ia tidak menghilangkan pencemar udara, malah berpotensi menambah bahan asing ke udara di dalam rumah.

Sekiranya terpaksa berada di luar ketika keadaan berjerebu, Dr Syed menyarankan penggunaan pelitup muka N95 atau KN95 secara betul bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada zarah halus.

Jerebu mungkin kelihatan sekadar masalah udara di luar rumah, tetapi kesannya terhadap kesihatan boleh bermula dengan perubahan yang sangat kecil. Batuk yang semakin kerap, anak kurang menyusu atau warga emas yang mudah mengah tidak seharusnya terus dianggap perkara biasa.

Mengenali tanda awal, mengehadkan pendedahan dan mengetahui bila perlu mendapatkan rawatan merupakan langkah penting untuk melindungi kesihatan diri serta keluarga. Jangan tunggu sehingga sesak nafas menjadi amaran terakhir untuk mula bertindak.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ustazah-asma-harun-cecah-43-tahun/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Lakonan Acha Septriasa Dalam Filem Munafik: Melawan Iblis

Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan ‘Munafik’ Adaptasi Semula Filem...

Acha Septriasa bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat filem di Malaysia. Meskipun berasal dari negara seberang namun bakat lakonan aktres kecil molek ini menerusi filem box office Indonesia iaitu Heart sekitar tahun 2006 masih 'terkesan' di hati penonton.