Ads

Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk!

Ameng Spring Kini Bergelar Datuk
Ameng Spring Kini Bergelar Datuk

Sekalung tahniah buat penyanyi Ameng Spring atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) hari ini. Vokalis kumpulan Spring berkenaan menerima DIMP sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.  

Difahamkan istiadat tersebut diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.  

Ameng Spring Kini Bergelar Datuk

Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk! Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk!

Seramai 32 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang termasuk bekas pemain bola sepak negara iaitu See Kim Seng dan pengulas sukan, Abu Bakar Atan.  

Ads

Ameng atau nama penuhnya Wan Aminuddin Wan Ismail tampil segak berbaju Melayu rona hitam lengkap bersamping ketika menghadiri pengurniaan berkenaan. Turut menemaninya ialah isteri tercinta, Sabariah Zakariah.  

Menelusuri perjalanan karier seni Ameng, dia mula bergiat aktif sebagai penyanyi pada 1988 dengan menyertai kumpulan Spring. Antara lagu popular Ameng ialah Sampai Hati, Bourgenvilla, Sejiwa dan banyak lagi.  

Ads

Kehidupan Ameng Spring

Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk! Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk! Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk! Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk!

Ads

Penyanyi lelaki ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dato’ A. Aida pada 1993 dan bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Wan Az Aleesa dan Azeva Natassha.  

Dia kemudiannya berkahwin dengan Sabariah Zakariah pada 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Ammar Haikal.  

Semoga dengan pengurniaan darjah kebesaran ini menjadi pencetus semangat buat Datuk Ameng untuk lebih bekerja keras memartabatkan seni tanah air. Seterusnya menabur bakti kepada masyarakat dan negara.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Ally Mukhriz Sugul Kehilangan Tun Dr Hasmah

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang...

Tidak mudah bagi Ally Mukhriz untuk menerima hakikat bahawa nenek tersayang pergi untuk selamanya pada 28 September lalu. Apatah lagi dalam keadaan dirinya yang masih berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung lebih sebulan yang lepas.