Ads

Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000!

Majlis Perkahwinan Gilang-Gemilang Anak Pengasas Bawal Exclusive
Majlis Perkahwinan Gilang-Gemilang Anak Pengasas Bawal Exclusive

Bercerita mengenai majlis persandingan anak pengasas Bawal Exclusive, segalanya indah dan memukau! Dari segi dekorasi,  dewan majlis, pelamin dan busana pengantin hinggalah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu semuanya dirancang penuh ketelitian.

Tidak hairanlah, resepsi Putri Batriyshah Farhana dan Muhammad Naim yang berlangsung pada 10 Oktober lalu di hotel terkemuka tanah air masih menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.  

Pasangan mempelai sah bergelar suami isteri pada hujung September lalu sebelum mengadakan majlis persandingan penuh gilang-gemilang.

Persandingan Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive

Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA (@majalahnona)

Mengimbas kembali majlis persandingan satu-satunya anak perempuan Mohd Rosli Awang dan Haliza Maysuri, pandangan para tetamu tertumpu kepada adi busana indah yang digayakan pengantin perempuan.  

Istimewanya, persalinan eksklusif ‘The White Swan’ rekaan Rizalman Haute Couture itu ditaburi dengan 83,000 butir kristal Swarovski terdiri daripada 15 jenis kristal pelbagai bentuk, saiz dan warna yang dipilih penuh teliti. Harganya pula mencecah RM170,000! 

Ads

Persalinan ini diinspirasikan daripada keanggunan seekor angsa putih dengan siluet potongan duyung menjadi asas rekaan di samping lapisan bertingkat yang membentuk dimensi dan tekstur menyerupai susunan bulu pada sayap angsa. Busana ini juga mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan! 

Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000!

Sebagai ibu bapa, Mohd Rosli dan Haliza Maysuri memberikan yang terbaik buat puteri tunggal kesayangan pada hari bersejarah ini. Selain busana persandingan, jambangan kristal Swarovski yang menghiasi tangan sang pengantin turut meraih tumpuan.

Jambangan Bunga Kristal Hadiah Usahawan Bawal Exclusive Buat Anak  

Difahamkan bunga tangan berharga RM30,000 tersebut merupakan hadiah istimewa daripada ayahandanya sebagai tanda kasih sayang seorang ayah buat anak perempuan.  

Ads

Buat pertama kali juga Swarovski memperkenal bunga kristal bersaiz sebenar, sebuah karya agung yang menampilkan 12 kuntum bunga musim bunga dan musim panas. Simbolik kepada cinta abadi. Ia juga tidak akan layu dan pudar ibarat seperti cinta sejati yang mekar sepanjang hayat.  

Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000! Resepsi Mewah Anak Pengasas Bawal Exclusive, Gaun Kahwin Ditaburi 83,000 Kristal Swarovski & Bunga Tangan Harga RM30,000!

Selain itu, penampilan anak perempuan pengasas Bawal Exclusive ini diserikan dengan tiara Swarovski Vienna Opera Ball 2025 bertatahkan 233 butir Swarovski Zirconia dan kristal yang dipasang dengan tangan.  

Ads

Rekaan Giovanna Engelbert ini meraikan ulang tahun ke-130 Swarovski. Lebih istimewa, tiara ini tidak dijual kepada umum, sebaliknya dihadiahkan khas oleh Swarovski buat Putri sempena persandingannya. 

Putri Batriyshah pada majlis itu turut menerima khidmat solekan daripada makeup artist popular, Dato’ Sri Alha Alfa yang berjaya menaikkan seri wajah pengantin perempuan.  

Tetamu kehormat yang hadir menyerikan persandingan Putri Batriyshah dan Muhammad Naim ialah Yang Amat Mulia Temenggong Perlis Tengku Syarif dan isteri, Datin Seri Diraja Farinawati.  

Antara rakan perniagaan dan selebriti yang memeriahkan lagi majlis termasuklah Dato’ Seri Aliff Syukri dan isteri; Dato’ Azril Radzi dan isteri; Datin Eriyca Baiduri dan suami; Datin Anne Ngasri dan ramai lagi. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian Anuar Zain. 

Semoga rumah tangga yang dibina bahagia berpanjangan sampai ke syurga. 

Artikel https://www.nona.my/taanusiya-chetty-tempat-ketiga-miss-world-2026/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Puan Sri Tiara Jacquelina Tampil Bertenaga & Awet Muda

Debaran PGL The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina Tampil Bertenaga &...

Melihat susuk tubuh dan penampilan Puan Sri Tiara Jacquelina pasti ramai tidak menyangka selebriti ini sebenarnya sudah pun menginjak usia 59 tahun. Meskipun menghampiri usia 60 tahun namun Puan Sri Tiara seorang wanita aktif dan sentiasa berfikiran positif.