
Nampaknya tidak lama lagi Linda Rafar bakal terima menantu! 15 Oktober lepas, anak sulung kepada penyanyi kumpulan Elite iaitu Rezaril Keifli atau mesra disapa Aril selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Ika.
Menerusi perkongsian di media sosial Linda, majlis pertunangan tersebut berlangsung meriah di Habib Landmark, Kuala Lumpur bertemakan rona merah jambu.
Majlis Tunang Anak Linda Rafar

View this post on Instagram
Memetik laporan media, Linda atau Azlinda Abdul Rafar memberitahu persiapan perkahwinan anaknya bakal berlangsung pada 7 November depan.
Dedah Linda Rafar lagi, dia memilih untuk menguruskan ketiga-tiga majlis bersejarah anak lelaki sulung tersayang iaitu bertunang, pernikahan dan persandingan.
Dalam masa sama, jadual hariannya turut padat dengan sesi latihan bersama Elite memandangkan mereka akan mengadakan Live Concert Elegant Selamanya pada 30 Oktober ini.
Luah Linda Rafar, “Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan Aril dan Ika pada hari ini. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana majlis yang penuh bermakna ini telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang hadir, mendoakan serta bersama-sama meraikan detik istimewa dalam perjalanan cinta Aril dan Ika.”

Majlis ini turut mendapat kerjasama daripada jenama barangan kemas terkenal, Habib.
Aril Anak Lelaki Linda Rafar
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Habib atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis pertunangan ini. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada momen indah yang akan dikenang selamanya.
Semoga ikatan pertunangan ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan menuju alam perkahwinan yang dipenuhi cinta, kebahagiaan dan keberkatan. Doa mama sentiasa mengiringi setiap langkah Aril dan Ika. Semoga Allah permudahkan segala urusan hingga ke hari bahagia nanti.”

Rezaril atau mesra disapa Aril merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas suami, Keifli Othman pada 1999 sebelum bercerai pada 2004.
Linda Rafar kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.
Artikel https://www.nona.my/resepsi-mewah-anak-pengasas-bawal-exclusive/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


