Ads

“Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar,” Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang

Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday
Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday

Happy birthday, Datin Emylia Rosnaida! Tanggal 21 September merupakan ulang tahun kelahiran buat suri hati kesayangan Dato’ AC Mizal ini. Meniti usia 50 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini memanjat kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan kepadanya selama ini. Selain menghargai keikhlasan dan kasih sayang daripada insan di sekelilingnya.  

Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Emylia yang juga kakak kepada aktres Emelda Rosemila ini berkesempatan memuat naik momen sambutan hari lahir di samping suami, anak-anak dan sahabat handai.  

Datin Emylia Rosnaida Rai Hari Lahir

"Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang "Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

Ujar Datin Emylia Rosnaida, “Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana masih mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kesempatan untuk sekali lagi menyambut hari kelahiran diri ini.  

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan yang kadang-kadang tidak mampu untuk kita hitung satu persatu. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan, masih diberi kesempatan untuk bersama keluarga tersayang dan dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan ikhlas di saat hari istimewa ini.” 

Ads

Tambah pelakon Anak Mami The Movie ini lagi, “Di usia yang semakin bertambah, doa saya tidak banyak. Semoga Allah terus memberikan kesihatan, ketenangan hati, rezeki yang luas dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.  

Semoga Allah pelihara orang-orang yang saya sayangi, panjangkan usia mereka dalam kebaikan dan sentiasa dekatkan kami dengan perkara-perkara yang membawa bahagia dan keberkatan.  

Terima kasih Ya Allah untuk setiap ujian yang mengajar, setiap rezeki yang menggembirakan, setiap kehilangan yang mendewasakan dan setiap insan baik yang Kau hadirkan dalam hidupku.  

Ads

Semoga usia yang baru ini menjadikan diri ini insan yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih sabar dan lebih dekat denganMu.” 

"Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang "Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang "Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang

Keluarga Bahagia Datin Emylia Rosnaida

Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa. 

Ads

Pada hujung tahun 2009, bekas anggota kumpulan 4U2C tersebut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’. 

"Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang "Terima Kasih Ya Allah Untuk Setiap Ujian Yang Mengajar," Datin Emylia Rosnaida Rai Birthday & Syukur Dikelilingi Insan Tersayang

Anak sulung mereka, Reeve Damien kini menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jerman selepas tamat pengajian Diploma in Business Study di Raffles College of Higher Education Kuala Lumpur. 

Reeve sebelum ini turut aktif dalam dunia seni dan mengikut jejak ayahnya sebagai penyanyi. 

Artikel https://www.nona.my/ajak-shiro-hargai-isteri-pesan-kejayaan-suami-mungkin-asbab-doa-isteri/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Keretapi Sarong 2026

Keretapi Sarong 2026: Kekal Harum, Segar & Yakin Bersama NIVEA

Seawal pagi, Terminal Bersepadu Gombak sudah dibanjiri warna-warni kebaya, baju kurung, batik dan kain sarung. Sempena Hari Malaysia, Keretapi Sarong 2026 sekali lagi menemukan...