Ads

Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan ‘Munafik’ Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia!

Lakonan Acha Septriasa Dalam Filem Munafik: Melawan Iblis
Lakonan Acha Septriasa Dalam Filem Munafik: Melawan Iblis

Acha Septriasa bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat filem di Malaysia. Meskipun berasal dari negara seberang namun bakat lakonan aktres kecil molek ini menerusi filem box office Indonesia iaitu Heart sekitar tahun 2006 masih ‘terkesan’ di hati penonton.  

Gandingan romantis Acha dan Irwansyah dalam filem berkenaan mencetuskan fenomena tersendiri. Walau sudah dua dekad berlalu, lakonan mantap Acha Septriasa sering meraih perhatian penonton di Indonesia mahupun di negara ini.  

Lakonan Acha Septriasa Filem Munafik: Melawan Iblis

Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia! Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia!

Terbaharu, Acha atau nama penuhnya Jelita Septriasa kembali menjadi bualan apabila berjaya membawakan watak Fitri dalam Munafik: Melawan Iblis yang diadaptasi semula daripada filem Munafik arahan Syamsul Yusof pada tahun 2016.  

Filem Munafik: Melawan Iblis lakonan Acha Septriasa bersama pelakon handalan Indonesia seperti Arya Saloka dan Dimas Aditya ini mula menemui penonton Malaysia pada 1 Oktober 2026. Ternyata filem arahan Guntur Soeharjanto yang ditayangkan di Indonesia pada 3 September 2026 ‘pecah panggung’ dan meraih sambutan hangat di sana.  

Acha memberitahu media Malaysia bahawa pengalaman membawakan watak Fitri yang kerasukan dan berubah menjadi iblis bukan sesuatu yang mudah. Sekaligus menimbulkan rasa takut dalam dirinya.  

Ads

Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia!

“Memang dari dulu agak sensitif dan sudah ada sedikit kemampuan indigo. Cuma saya tidak pernah melihat apa-apa bentuk seperti yang ada dalam filem-filem itu. Tidak pernah. Sebenarnya itulah sebabnya saya sebagai pelakon menjadi lebih dekat dengan Allah.  

Ads

Ini kerana setiap kali memainkan sesuatu, pasti saya sangat berserah, menyerahkan fikiran, tubuh dan perasaan saya supaya semuanya berjalan lancar.  

Di satu sisi, antara cut dan action, saya perlu memainkan watak sebagai iblis, sebagai anak dajal. Tetapi apabila cut, terus saya beristighfar kerana saya sebenarnya takut.”  

Kehidupan Aktif Acha Septriasa

Di sebalik komitmen yang ditunjukkan Acha Septriasa dalam dunia lakonan, wanita berusia 37 tahun ini juga sebenarnya sangat komited dengan penjagaan kesihatan. Selain mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan, Acha juga aktif menyertai aktiviti kecergasan.  

Ads

Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia! Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia! Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia! Bakat Lakonan Makin Dikagumi, Acha Septriasa Jayakan 'Munafik' Adaptasi Semula Filem Seram Box Office Malaysia!

Misalnya, pada Ogos lalu dia berjaya menamatkan larian Sydney Marathon 2026 sejauh 42.2 kilometer dalam masa 4 jam 44 minit! Di samping menyertai marathon, Acha Septriasa juga gemar berbasikal.  

Pernah menyandang gelaran pelakon yang mendapat bayaran termahal di Indonesia suatu ketika dulu, Acha meraih pelbagai anugerah antaranya Aktris Terbaik dari Guardians e-Awards 2008, Star of the Year 2008 oleh Mellyana Guardian dan Pelakon Utama Wanita Filem Nasional Terpuji pada Festival Film Bandung tahun 2013.  

Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 1 Disember 2016 namun dilaporkan bercerai pada Mei 2025. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bridgia Kalina Kharisma berusia sembilan tahun.  

Artikel https://www.nona.my/terima-kasih-ya-allah-untuk-setiap-ujian-yang-mengajar-datin-emylia-rosnaida-rai-birthday-syukur-dikelilingi-insan-tersayang/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Ameng Spring Kini Bergelar Datuk

Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Ameng Spring Kini Bergelar Datuk!

Sekalung tahniah buat penyanyi Ameng Spring atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) hari ini. Vokalis kumpulan Spring berkenaan menerima DIMP sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.