Ads

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi Walau Ada 18 Cucu & 4 Cicit

Ally Mukhriz Sugul Kehilangan Tun Dr Hasmah
Ally Mukhriz Sugul Kehilangan Tun Dr Hasmah

Tidak mudah bagi Ally Mukhriz untuk menerima hakikat bahawa nenek tersayang pergi untuk selamanya pada 28 September lalu. Apatah lagi dalam keadaan dirinya yang masih berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung lebih sebulan yang lepas.

Sebagai salah seorang cucu yang rapat dengan Allahyarhamah Tun Dr Hasmah, pemergian nenek penyayang ini sangat memberi kesan terhadap dirinya.  

Ia jelas kelihatan sewaktu Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna menghadiri pengebumian Tun Dr Hasmah yang dipanggilnya sebagai Tok. Wajah sugul dan tangisan Ally turut menyentuh emosi masyarakat.  

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Tun Dr Hasmah

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi Walau Ada 18 Cucu & 4 Cicit

Menerusi perkongsian anak perempuan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir ini, payah baginya untuk menggambarkan perasaan yang dialami selepas ‘kehilangan’ nenek tersayang. 

“Tok sememangnya seorang yang sangat istimewa dan tiada duanya. Seorang wanita yang kuat tetapi penuh kelembutan, bertolak ansur namun tetap tegas. Tok juga menjadi pengikat yang sentiasa memastikan keluarga besar kami kekal rapat dan bersatu. 

Sebagai seorang wanita, Tok melambangkan sisi terbaik seorang wanita. Saya tidak perlu menyenaraikan segala pencapaiannya kerana jelas, Tok telah meninggalkan kesan yang begitu besar dalam kehidupan ramai orang, malah kepada negara. 

Ads

Namun, kesan yang Tok tinggalkan dalam hidup saya terlalu besar sehingga saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menggambarkannya dengan kata-kata.”  

Artikel https://www.nona.my/tan-sri-mokhzani-mohon-doa-tun-dr-mahathir-dimasukkan-ke-ijn-untuk-pemerhatian/

Rindu Ally Mukhriz

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi Walau Ada 18 Cucu & 4 Cicit

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi Walau Ada 18 Cucu & 4 Cicit

Ads

Tambahnya lagi, “Walaupun mempunyai 18 orang cucu dan empat orang cicit, Tok tetap mencurahkan kasih sayang yang sama rata kepada kami semua. Saya tahu dan sangat pasti, tidak pernah ada seorang pun antara kami yang merasakan dirinya kurang disayangi berbanding yang lain. 

Seperti yang ramai tahu, hari ini merupakan hari terakhir saya dalam tempoh berpantang. Melahirkan Eden bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi segala kesakitan itu sangat berbaloi kerana Eden sempat bertemu dengan Nyang yang begitu istimewa. 

Baru dua minggu lalu, ketika saya sedang berjalan menuju ke dapur, saya terlihat pintu hadapan terbuka. Rupa-rupanya Tok datang tanpa memberitahu terlebih dahulu, semata-mata mahu menjenguk kami dan bertemu cicitnya, Eden. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by alyanna 🪲 (@ally.mukhriz)

Ads

Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi Walau Ada 18 Cucu & 4 Cicit Ally Mukhriz Terkesan Pemergian Nenek, Akui Tun Hasmah Beri Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi Walau Ada 18 Cucu & 4 Cicit

Kalau boleh, pasti sepanjang hari Tok mahu mendukung Eden. Berkali-kali Tok berpesan, “Ally, jangan letak bantal dalam katil bayi Eden, ya?” Banyak sekali nasihat dan petua yang Tok kongsikan dengan saya. 

Saya cuma berharap Eden sempat meluangkan lebih banyak masa bersama Tok. Namun, kami tetap sangat bersyukur dan bertuah kerana Allah meminjamkan Tok kepada kami sehingga usia 100 tahun. 

Tok, saya tahu Tok kini berada di tempat yang lebih baik. Semoga Allah mengurniakan Tok darjat tertinggi di syurga-Nya. Semoga suatu hari nanti kita dipertemukan kembali, insya-Allah. Teruslah melihat dan menjaga kami serta Eden dari sana. Saya sayang Tok, bidadari saya.”  

Ally Mukhriz sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan iaitu Ezran Daud Cheah pada tanggal 20 Februari 2020.   

Ally merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan To’ Puan Seri Norzieta. Dia turut mempunyai dua lagi adik perempuan iaitu Misha Hakeem dan Melia Serena. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Tun Dr Mahathir Masuk IJN Untuk Pemerhatian

Tan Sri Mokhzani Mohon Doa, Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN...

Sehari selepas pemergian isteri tercinta ke rahmatullah, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9 malam, 29 September. Perkhabaran tersebut disahkan anak lelaki bekas Perdana Menteri berkenaan iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.