Ads

Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah!

Elfira Loy Rindu Allahyarhamah Ibu
Elfira Loy Rindu Allahyarhamah Ibu

13 September 2026 pastinya menjadi detik paling tidak dapat dilupakan Elfira Loy apabila ibunda tersayang kembali ke rahmatullah. Meskipun belum bersedia ‘melepaskan’ ratu hati kesayangan ke pangkuan ilahi dan tidak puas berbakti namun pelakon ini reda menerima ketentuan ilahi.  

Difahamkan ibu Elfira iaitu Allahyarhamah Hajah Filzah Yusoff menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad bersamaan 13 September lalu pada usia 61 tahun.  

Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di sebuah hospital susulan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi pada 6 Ogos lepas.  

Elfira Loy Rindu Arwah Ibu

Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah! Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah!

Sehingga ke hari ini, Elfira Loy masih berkongsi rasa rindu dan kebaikan arwah ibu tersayang di media sosial miliknya. Perkongsian ibu kepada dua anak ini meraih perhatian warga maya termasuk peminat dan rakan-rakan artis.  

Salah satu hantaran yang cukup menyentuh emosi ialah ketika Elfira selesai menguruskan pengebumian ibunya sambil memuat naik foto di pusara insan kesayangannya itu. Elfira Loy turut membahasakan dirinya sebagai ‘Kakak’ dalam setiap hantaran yang dibuat. 

Ads

“Tak tahu cakap macam mana, Ma. Kakak bukan sahaja kehilangan seorang ibu, kakak kehilangan teman baik, seorang yang mengurus kerja kakak, stylist kakak, penasihat kakak, penjaga kakak dan yang paling penting satu-satunya orang yang faham kakak, Mama.  

Siapa lagi yang boleh faham kakak yang suka pendam dan tak bercakap ni selain Mama? Allah memang sayang Mama.  

Allah tahu Mama sayang kita orang dan nak kita orang senang. Allah tak tarik nyawa Mama terus. Allah kasi kita orang practice hari-hari melawat Mama dekat hospital tanpa boleh berborak dengan Mama, hanya berbekalkan bacaan Yasin menjadi perbualan kita.”  

Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah! Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah!

Ads

Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah!

Ibu Elfira Loy Disayangi Ramai

Tambah Elfira lagi, “And now. Is that it, Ma? Is that going to be our conversation forever? Kakak percaya, tiada pengakhiran yang lebih baik daripada ini.  

Mama pergi dengan cinta. Mama pergi dalam doa. Mama pergi setelah ramai datang menziarahi. You are loved, Ma. You always have been. You always will be.  

Kakak akan terus hidup dengan cinta yang Mama ajarkan, dengan doa yang Mama tinggalkan dan dengan Allah yang Mama cintai sepenuh hati. I love you, Ma.” 

Ads

Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah! Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah! Bukan Saja Hilang Ibu Tapi Teman Baik & Penasihat, Elfira Loy Rindu Arwah Ibu Namun Reda Takdir Allah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Kehilangan insan tersayang terutamanya ibu pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap anak-anak. Semoga Elfira dan adik-beradik yang lain terus tabah menempuh hari-hari mendatang.  

Untuk rekod, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.

Artikel https://www.nona.my/baba-dah-boleh-rehat-pass-kat-kami-reen-rahim-mahu-tunai-impian-jaga-ibu-ayah-sejak-kecil/
 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Ustazah Asma Harun

Ustazah Asma Harun Cecah 43 Tahun, Titip Syukur & Sedar Waktu...

Genap 43 tahun, Ustazah Asma Harun menitip rasa syukur atas usia, keluarga dan perjuangan sambil mengingatkan waktu untuk pulang semakin dekat.