Ads

“Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami,” Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil!

Reen Rahim Mahu Bahagiakan Ibu Bapa
Reen Rahim Mahu Bahagiakan Ibu Bapa

MasyaAllah, sejuk perut ibu mengandung dikurniakan seorang anak yang baik dan sangat menghargai kedua-dua ibu bapa. Perkongsian Reen Rahim yang sentiasa meratukan ibu dan membahagiakan bapa tersayang di media sosial bukan lagi perkara asing. Tidak hairanlah selebriti ini dikurniakan rezeki melimpah ruah.  

Sebagai anak, pasti ramai yang ingin meringankan beban ibu bapa dan menjaga mereka sepenuh hati andai diberikan rezeki serta berkemampuan seperti aktres ini.  

Reen Rahim Mahu Bahagiakan Ibu Bapa

"Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil! "Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil! "Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil!

Terbaharu, Reen Rahim meluahkan rasa lega namun sebak apabila bapa tersayang mahu bersara. Keputusan Abdul Rahim Abdul Kadir itu nyata ditunggu-tunggu Reen yang sekian lama menyimpan hasrat untuk menjaga mereka.  

Kongsinya, “Bila Baba cakap dia dah ready nak bersara, Allah je tahu perasaan aku. Macam ‘Eh betul ke ni? Akhirnya nak rehat?’ 

Aku relax je senyum tapi dalam hati nak nangis. Sebab dari kecil memang ada dalam list hidup aku. Satu hari nanti bila aku dah mampu, aku nak jaga Baba dengan Amie. Itu salah satu impian budak kecil dalam diri aku yang Allah bagi peluang untuk tunaikan.”  

Ads

Tambah Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, “Tak janji hidup mewah. Private jet memang tak ada. Tapi insyaAllah cukup untuk Baba tak perlu fikir nak kerja lagi. Cukup untuk dia rehat dan tahu. Kali ni ada orang jaga dia.  

Sebab sepanjang hidup Baba, dia yang jadi tempat semua orang bergantung. Dia kerja, dia tanggung, dia fikir, dia settle.  

"Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil! "Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil!

Sampai mungkin dia sendiri terlupa macam mana rasanya jadi orang yang dijaga. So Baba, dah cukup. Baba dah boleh rehat tanpa fikir tanggungan. Pass kat kami.  

Ads

Semoga Allah panjangkan umur semua mak bapak kita dan bagi kita lebih banyak masa untuk bahagiakan mereka. Baba, your shift is over. Sekarang biar kami pula. Job awak doa je. Love you, Baba.”

Kira-kira dua tahun lalu, Reen Rahim pernah memberi kejutan istimewa kepada kedua-dua ibu bapa tersayang dengan menghadiahkan sebuah kediaman selesa. Ini selepas kediaman orang tuanya rosak akibat hujan lebat.  

Kehidupan Reen Rahim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Ads

"Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil! "Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil! "Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami," Reen Rahim Mahu Tunai Impian Jaga Ibu Ayah Sejak Kecil!

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini sah bergelar isteri kepada usahawan Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada 24 Disember 2022.  

Selain bergelar anak seni, Reen Rahim juga kini ligat mengusahakan perniagaan sendiri iaitu Hygiene Wash dan Quyus. 

Semoga Allah memberkati urusan Reen atas layanan baik yang diberikan kepada ibu bapa.  

Artikel https://www.nona.my/jarang-muncul-di-kaca-tv-demi-urus-keluarga-3-anak-pesona-menawan-erin-malek-usia-32-tahun/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Legasi #Malaysia100

Legasi #Malaysia100, Malaysia Bagaimana Mahu Kita Wariskan Kepada Anak Cucu Pada...

Legasi #Malaysia100 mengajak rakyat menentukan masa depan negara menerusi dialog setahun sebelum perjalanan 30 tahun menuju 100 tahun kemerdekaan pada 2057.