Masih ingat lagi rupa paras Erin Malek ketika membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan pada tahun 2006. Waktu itu, dia baru berusia belasan tahun. Meskipun sudah dua dekad berlalu namun keayuan aktres ini tetap menyerlah.
Apatah lagi Erin kini merupakan seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak.
15 Julai lalu Erin Malek menyambut ulang tahun kelahiran ke-32. Seperti kelaziman, suami tercinta iaitu Mohamed Farriz Fauzy tidak ketinggalan meraikan hari lahir wanita kesayangannya di samping anak-anak.
Ads
Jelas terpancar seri wajah bahagianya tatkala berada bersama-sama suami dan anak tersayang.
Bukan hanya disayangi keluarga, Erin turut dikelilingi sahabat yang sentiasa menghargainya. Sempena hari lahir, dia menerima pelbagai pemberian daripada kenalan rapat seperti bunga, kek dan sebagainya. Bertuah!
Menelusuri karier seni Erin Malek, dia mula menceburi industri hiburan sebagai pelakon sejak kecil namun mengambil keputusan memperlahan kerjayanya sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.
Walau jarang muncul di kaca TV namun bakat dan pesonanya tetap diingati peminat. Selain membintangi filem Tentang Bulan, Erin atau nama penuhnya Nur Arina Abdul Malek pernah menjadi juara program realiti Fear Factor.
Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy yang merupakan pelumba kereta dan anak usahawan empayar MOFAZ pada 10 Oktober 2014.
Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, pasangan romantis ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz, Nur Aisha Mohamed Farriz dan Mohamed Fahad Mohamed Farriz.
Anak bongsu Erin selamat dilahirkan pada 11 November 2024 dan meniti usia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 menarik perhatian ramai. Anggun berhijab dan mengenakan persalinan kurung biru, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM itu pada 2 September lepas yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Menerusi perkongsian di media sosial rasmi Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Kepakaran Klinikal dan 15 graduan terbaik.
Dalam titah ucapan, Baginda mahu agar isu diskriminasi gaji khususnya bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu dikaji semula dengan penetapan bayaran minimum mengikut keperluan, ekonomi dan inflasi semasa.
Titah Baginda lagi, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini tidak setaraf dengan kelayakan graduan dengan isu gaji tidak selaras serta tidak setimpal terhadap permintaan dan penawaran kerja sering dipersoal.
Dalam memartabatkan Bumiputera melalui institusi pengajian tinggi serta memenuhi keperluan industri, Baginda menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti untuk bekerja lebih keras bagi memastikan graduan lebih relevan dengan pasaran kerja.
Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berangkat ke Sidang 2 Istiadat Konvokesyen UiTM pada 3 September dan menyampaikan ijazah kepada 997 graduan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Sebut sahaja nama Zakiah Anas, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaiannya ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura Zakiah masih terkesan di hati penonton hingga ke saat ini. Sedang ralit meninjau media sosial, gambar terkini personaliti TV ini ‘singgah’ di timeline penulis. Wow, macam tak makan dek usia! Tetap anggun dan memukau seperti dulu.
Paling tak sangka, sudah ‘besar panjang’ anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Agak lama tidak mendengar khabar tentang jelitawan ini. Nama Zakiah Anas seakan menyepi dari dunia penyiaran, lebih-lebih lagi sebaik dia mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012. Tanggal 12 Disember lalu merupakan ulang tahun perkahwinan ke-8 bagi pasangan romantis tersebut.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Apatah lagi, dengan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut. Sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas dilihat lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar (voice over) untuk pelbagai program. Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Berkongsi di IG miliknya, Zakiah bukan hanya aktif mempromosikan produk busana ‘by Zakiah Anas’ yang diusahakan sejak tahun 2016 bahkan ibu cantik ini juga berkongsi wajah anak-anak yang semakin meningkat usia. Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 26 tahun sementara anak kedua pula berumur 23 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang. Terdetik juga rahsia Zakiah mengamalkan susuk tubuh langsing. Rupa-rupanya jelitawan ini gemar mengikuti sukan lasak seperti mendaki. Lebih menarik, minat yang sama turut dikongsi suami dan rakan-rakan. Patutlah kekal slim!
Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz. Difahamkan Zakiah Anas pernah menawan beberapa puncak gunung seperti di Gunung Keriang, Kedah.
Kongsi Zakiah menerusi laporan Sinar Plus, “Memang wajib buat aktiviti (mendaki) tiga kali seminggu bagi memastikan badan saya sentiasa fit dan cergas. Makan dan minum pun kena jaga sebab bila sudah berusia 50an, kena jaga pemakanan dan gaya hidup.”
Kredit: Instagram Zakiah Anas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesiapa yang pernah ‘mengintai’ laman Instagram pelakon Memey Suhaiza, sedikit sebanyak mungkin anda dapat merasakan sikap positif yang sentiasa ditonjolkan. Senyuman, gelagatnya bersama suami dan anak-anak serta perkongsian kecantikan yang dimuatnaik di media sosial. Benarlah kata orang, cantik itu bukan sahaja dari luaran tetapi lebih kepada permainan minda dan pembawaan diri. Apa agaknya rahsia kecantikan lain yang ingin dikongsi Memey?
Saya tidak meletakkan fokus dalam rutin penjagaan kecantikan. Asalkan pemakaian yang digayakan tampak cantik, itu sudah memadai kerana kita sentiasa nampak berkeyakinan dan cantik dengan pilihan busana yang sesuai. Paling penting, kekalkan kesihatan dan jaga pemakanan agar sihat dan fit untuk suami dan anak-anak.
Sangat tidak! Susah juga untuk saya terpengaruh dengan tren mahupun terikut-ikut dengan orang. Saya sangat berhati-hati dan memastikan apa yang saya amalkan betul-betul selamat dan bagus. Tak semua benda yang orang lain amalkan sesuai dengan kita, jadi ambillah langkah berjaga-jaga.
Saya suka menggunakan cara paling mudah dan terjaga iaitu dengan pengambilan supplemen dan penjagaan kulit.
Me time cara Memey Suhaiza adalah dengan menggunakan perkhidmatan mobile spa untuk rawatan seperti mengurut badan. Saya boleh tentukan masa mengikut kelapangan dan suasananya diset-up sama seperti di spa, cumanya yang seronoknya kita berada di rumah sendiri.
Aktiviti 2-dalam-1 ini membolehkan saya mendapat ketenangan dan tubuh yang relax serta pada masa sama, anak-anak ada depan mata. I’m happy! Yang pentingnya, anak-anak pun turut happy sebab Mummy ada depan mata!
Ini adalah perkara yang sangat penting pada saya, lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin. Kita perlu menjaga diri dan cantik untuk suami. Saya pastikan rambut kerap dicuci supaya sentiasa wangi. Jika berkelapangan, saya akan mendapatkan rawatan rambut untuk mengekalkan ‘kesihatan’ rambut juga.
Kulit saya jenis kering tambah-tambah lagi jika kerap dikenakan solekan terutamanya ketika sesi penggambaran. Jalan penyelesaian yang saya ambil adalah dengan mengamalkan sapuan pelembap atau moisturizer. Ini adalah benda wajib dalam beg. Saya jadi lebih yakin dengan kulit yang lebih sihat.
Saya mengamalkan supplemen dalaman dari Ephyra Plus. Saya suka produk ini kerana ia lengkap untuk penjagaan luar dan dalam. Ia lengkap dengan segala vitamin yang diperlukan tubuh saya dan menjimatkan. Tak perlu beli pelbagai vitamin. Ia sangat sesuai untuk ibu yang menyusu badan kerana saya masih memberi susu badan kepada anak jadi saya sangat mementingkan pemilihan supplemen.
Penjagaan kulit juga dari jenama Ephyra kerana hanya tiga item sahaja diperlukan. Pencuci wajah, serum rawat dan pelembap. Tidak complicated tetapi sangat efektif dan 100% semula jadi. Saya rasa selamat walaupun dalam penggunaan jangka masa panjang.
Jika anda mencari penjagaan kecantikan ‘versi’ anda, boleh singgah di laman web Shopee untuk dapatkan regim kecantikan anda sendiri! Paling best bila anda boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan from head to toe dengan harga diskaun sempena 6.16 TOP TO TOE SALE! Cepat sebelum anda terlupa https://invol.co/cloqo1
Kredit foto: Instagram Memey Suhaiza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika kebanyakan isteri pemain bola sepak dunia dikenali dengan imej seksi dan penampilan mewah dari hujung rambut ke hujung kaki, berbeza pula bagi suri hati Ousmane Dembele iaitu Rima Edbouche. Dia bukan hanya tampil dengan imej sopan, berpakaian longgar dan menutup aurat.