Sudah agak lama kelibat Deja Moss tidak muncul di kaca televisyen. Pernah melonjak puncak populariti menerusi lagu popularnya, Asmara Ini… penyanyi bersuara lunak tersebut kini rupa-rupanya sedang aktif menyertai kerja amal dengan membantu golongan ibu tunggal dan anak yatim. Biarpun sibuk dengan aktiviti murni itu namun minat Deja dalam bidang nyanyian masih menebal dan baru-baru ini dia tampil dengan single terbaharunya, Menepis Rawan.
Masih ramah melayan rakan media dan petah berbicara, Deja Moss yang anggun mengenakan jubah dan seledang hitam tampak menawan meskipun dengan solekan nipis. Saat ditanya mengenai perkembangan terbarunya, penyanyi yang berasal dari Sarawak ini dalam nada ceria mengungkap kata.
“Saya sekarang sebenarnya buat projek amal Kek Lapis Deja Moss dengan Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah (TDK). Ia bertujuan untuk membiayai perbelanjaan anak-anak Yatim sebab di sana mereka memerlukan 18 ke 20 ribu ringgit setiap bulan. Jadi jualan yang saya dapat ni sebahagian daripadanya akan diberikan kepada mereka. Dan kalau dapat jualan lebih banyak, kita akan berikan kepada rumah anak-anak yatim lain pula… inshaAllah.”
Suka dengan aura positif dan semangat Deja Moss membantu anak-anak kurang bernasib baik. Iyalah, hidup ini umpama roda. Ada kala kita di atas dan ada masa pula di bawah. Sementara ada rezeki dan kesempatan, apa salahnya meringankan beban kanak-kanak ini. Sekurang-kurangnya ada bekalan akhirat yang boleh dibawa nanti.
Ads
Di samping aktif menghulurkan bantuan kepada anak yatim, Deja turut terpanggil untuk menolong kaum wanita yang hilang tempat bergantung. “Saya juga ada mengajar ibu tunggal untuk buat kek lapis dan mereka adalah ibu-ibu tunggal asnaf. Memang niat saya mahu turunkan resipi dan ilmu kepada mereka yang memerlukan supaya ibu tunggal ini dapat jana pendapatan mereka sendiri setiap bulan.
Saya kira ini adalah antara charity yang mampu saya buat dan mohon agar masyarakat menyokong usaha murni saya ini. Bagi saya, ia satu cara yang dapat saya buat untuk menyumbangkan sesuatu kepada komuniti.
Ads
Tak kisah berapa banyak sekalipun anda ingin menderma, seringgit ke sepuluh ringgit ke… boleh sumbangkan ke akaun bank atau hubungi nombor yang tertera di akaun Facebook Kek Lapis Sarawak Deja Moss. Kiranya, membeli sambil beramal,” tuturnya lembut.
Mengakui tidak terlintas niat untuk meninggalkan dunia seni, Deja dalam pada itu memaklumkan single Menepis Rawan adalah buah tangan terbaharunya untuk para peminat. “Saya dah release single terbaru dan ia menggambarkan kisah hidup saya yang ditulis Fedtri Yahya dan komposer, Asfan. Menepis rawan berkisarkan tentang kehidupan sedih saya yang dulu. Tapi alhamdulillah sekarang saya dah bahagia. Menariknya lirik ini, ia sangat dekat dengan diri saya,” kongsi Deja Moss sambil tersenyum.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amboi, makin menjadi-jadi nampaknya bisnes isteri kesayangan Dato’ Aaron Aziz ini! Satu per satu koleksi hijab dihasilkan dan terbaru, Japan Travel Series yang bertemakan seni budaya Jepun baru sahaja dilancarkan awal Januari lalu. Memang cantik dan eksklusif sangat rekaan koleksi ini. Pendek kata, sesuai digayakan oleh semua wanita tidak kira ketika menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun bersantai bersama keluarga.
Variasi hijab Datin Diyana Halik ini pastinya bakal menambat hati para wanita. Antaranya, Japan Shibuya Shawl, Japan Lavender Wagasa, Japan Matcha Green Tea Wagasa Square, Japan Red Cherry Blossom Wagasa Shawl dan Japan Mount Fuji Square.
Tidak ketinggalan, Japan Shibuya Crossing yang menerapkan hasil lukisan tangan di atas kain premium satin lembut. Setiap koleksi hijab Diyana Halik didatangkan dalam bungkusan kotak istimewa. Menariknya koleksi kali ini, hijabi yang membeli mana-mana koleksi Japan Travel Series turut menerima penanda buku eksklusif termasuk yang berbentuk kimono.
Sejak mengusahakan label hijab Diyana Halik pada tahun 2015, Datin Diyana telah pun memiliki pelbagai koleksi tudung termasuk Camo Series, Lush Printed, Fleur by Diyana Halik, Sheer Square, Dahlia, Two Tone Shawl, Lush Chiffon dan bermacam-macam lagi. Selain mudah digayakan, Datin Diyana turut memastikan setiap material yang bakal dihasilkan berkualiti demi keselesaan pengguna.
Kagum dengan semangat berniaga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini. Walaupun suami ada kerjaya kukuh dan boleh hidup mewah tanpa berniaga tapi Datin Diyana memilih untuk memiliki perusahaan sendiri. Bagi yang berminat untuk mencuba koleksi hijab premium ini, layari laman web Diyana Halik atau mengunjungi butik Diyana Halik di Kota Damansara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki zuriat sememangnya menjadi penyeri sebuah rumah tangga. Namun begitu, masih banyak kes-kes pembuangan bayi dilaporkan di dada akhbar dan menyebabkan nasib bayi tersebut masih samar-samar sekiranya diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa di Instagram miliknya, dia menjelaskan inisiatif utama kerjasama yang terjalin untuk membantu memberikan perlindungan kepada bayi yang tidak bernasib baik melalui hasil kempen ‘Naelofar Kindness Box’.
Malah, Neelofa turut berkongsi serba sedikit tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi berkenaan. Ujar selebriti berusia 34 tahun ini, apa yang diperjuangkan oleh organisasi ini membuatkan dirinya terasa kerdil di samping meluahkan rasa simpati dengan nasib bayi yang berada dalam dukungannya itu.
Bayi dalam dukungan saya ni antara bayi ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan rupanya tali pusat masih bersambung dengan uri disebalik kain & urinya diletakkan dalam bag. Bayangkan, dengan keadaan baby yang masih merah itu ditinggalkan sendirian?”-Neelofa
“Saya berkesempatan ke OrphanCare Foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.
Dalam pada itu, isteri kepada PU Haris ini turut menyeru para wanita diluar sana yang berdepan masalah sebegitu untuk hadir ke OrphanCARE kerana pusat terbabit bukan sahaja menerima bayi terbuang, malah turut menyediakan perlindungan kepada wanita hamil sehinggalah mereka melahirkan bayi.
Jika ada antara anda yang tidak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan sahaja di baby hatch yang dibuka 24/7 sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi.
Semoga usaha kecil yang saya dan Nealofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan organisasi ini untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah.
Neelofa bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 34 tahun pada 10 Februari ini memberitahu Kempen Naelofar Kindness Box juga menyumbang untuk @orphancare.foundation sempena bulan kelahirannya.
“Dengan setiap pembelian, RM5 akan diserahkan kepada OrphanCARE untuk mereka meneruskan kerja baik mereka dalam menyelamatkan bayi.
Semoga usaha kecil yang saya dan @naelofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan @orphancare.foundation untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah, Insya-Allah,” ujar ibu kepada Muhammad Bilal ini yang ternyata prihatin terhadap nasib yang menimpa anak-anak yang tidak bernasib baik ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!