“Alhamdulillah, nak kata cerewet tu tidak. Kalau kami ada apa-apa masalah kami akan share bersama. Ibu mentua saya seorang yang sangat positif, memahami.
“Walaupun saya kembali berlakon, mentua tidak pernah menghalang. Alhamdulillah, tujuh tahun bertahan tinggal bersama mentua.
“Doa saya, semoga hubungan kami akrab sampai bila-bila.”
Semoga hubungan akrab antara Datin Niena dan keluarga mentua kekal selamanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peka dengan masalah wanita yang kurang keyakinan diri akibat mempunyai masalah kulit wajah, Che Puan Sarimah Ibrahim mengambil keputusan untuk mencipta sendiri formula produk kecantikan yang menawarkan pelbagai manfaat kecantikan. Bahkan, ia bukan sahaja sesuai untuk dirinya, tapi juga wanita lain di luar sana.
“Sudah lebih 20 tahun saya mengenakan mekap atas sebab tuntutan kerja sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara. Adakalanya ia tak sesuai dengan kulit dan seterusnya akan menyebabkan jeragat, jerawat dan kulit berminyak.
Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat sendiri produk kecantikan dengan formula yang mengandungi minyak argan, pegaga dan Vitamin C”, jelas pengasas produk Thrill by Sarimah Ibrahim ini.
“Lagipun, dengan cara ini saya dapat membantu wanita di luar sana untuk tampil lebih berkeyakinan setiap kali melangkah keluar rumah”, tambahnya lagi.
Ditanya tentang persaingan lambakan produk kecantikan di pasaran, isteri kepada cucunda YDP Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie ini ternyata sudah bersedia menghadapi cabaran.
“Saya tidak takut dengan persaingan produk lain kerana saya memang seorang yang suka akan cabaran. Lagipun, hasrat untuk memiliki jenama produk kecantikan sendiri ini sebenarnya sudah lama tersimpan dan baru kini impian itu menjadi kenyataan”, jelasnya yang mempunyai strategi jualan tersendiri untuk memperkenalkan produknya itu.
Menjadi ‘tiket’ buat sesetengah artis untuk menjual produk atau karya dengan mencipta kontroversi. Namun, tidak bagi beliau. “Semenjak daripada awal pembabitan dalam bidang seni, saya memang tidak pernah menggunakan kontroversi atau isu viral untuk menjual bakat dan mencari publisiti. Jadi, cara yang sama juga saya akan gunakan dalam strategi pemasaran produk ini”, jelas Che Puan Sarimah yang terpaksa tolak dua tawaran berlakon filem kerana ingin fokus dengan bisnes dan rumah tangga yang dibina bersama Tunku Jamie pada tahun 2015 terlebih dahulu.
Biasa lah, dunia perniagaan pasti ada cabarannya. Pernah ditipu oleh pengilang sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit membuatkan beliau lebih berhati-hati dalam perniagaan. “Nasihat saya untuk anda yang ingin memulakan perniagaan supaya sentiasa berhati-hati. Tidak kira bersama kawan baik atau keluarga, pastikan setiap perjanjian yang dilakukan ada bukti hitam putih dan kontrak”, kata wanita kacukan Melayu-Irish ini.
Kagum dengan semangat dan niat murni Che Puan Sarimah membantu meningkatkan tahap keyakinan diri wanita dengan caranya tersendiri. Semoga usahanya ini dapat menjadi ikutan.
Dua produk Thrill by Sarimah Ibrahim, Perfecting Finish Compact Powder (RM90) dan Superstar Treatment Cushion Foundation (RM95) telah dijual secara eksklusif dalam talian di Lazada Malaysia.
Kredit foto: Che Puan Sarimah Ibrahim & Blackpaper Production
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan diantara dua hati yang saling berkongsi rasa cinta dan sayang antara satu sama lain yang tak mampu terpisahkan. Namun, setiap perkahwinan yang termeterai pasti mempunyai fasa ‘naik turun’ serta cabaran yang tersendiri.
Perkara sama juga dilalui oleh penulis lirik dan penerbit popular Indonesia, Anto Hoed dan isterinya Melly Goeslaw, apabila bahtera perkahwinan yang mereka layari kini telah pun menginjak 29 tahun.
Memetik Liputan6.Com, sejak mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenar Melliana Cessy Goeslaw dan Anto Hoed tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gossip liar yang boleh menggugat kebahagiaan rumah tangga mereka.
NONA berkesempatan bertemu Melly dan Anto Hoed ketika sidang media sempena Konsert Ada Apa Dengan Cinta yang lalu, dan berkesempatan untuk berkongsi perjalanan kisah cinta pasangan ini yang jarang menjadi sorotan dan perhatian di media.
“Dia seorang isteri yang hebat, wanita serba boleh. Sehingga sulit untuk kami, saya dan anak-anak tidak mengikut dia. Dia atur urusan rumah A sampai Z. Kami (tiga orang lelaki di rumah) ikut sahaja. Dia isteri yang hebat, wanita yang terlalu hebat.
“Sebagai seniman, saya respect dia kerana dia boleh berfikir tentang kerjaya muziknya dalam masa yang sama menyelesaikan segala masalah dan persoalan rumah tangga. Dia boleh membuat lirik, mencipta melodi yang bagus, hingga dikenang sehingga sekarang,” ujar Anto Hoed.
“Mas Anto bagi saya adalah satu Trillion kali ‘Rangga’. Kalau Ada Apa Dengan Cinta, ada Rangga. Tapi Ada Apa Dengan Melly, ada satu Trillion kali ‘Rangga’ (Anto Hoed). Mas Anto cinta sejati saya, hidup saya,” ujar Melly penuh emosi.
Hasil perkongsian hidup selama hampir tiga dekad, perkahwinan pasangan ini telah diserikan dengan kehadiran dua orang putera iaitu Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
Pada pertemuan sama, Melly sempat berkongsi detik perkenalan dengan suami tersayang yang hanya mengambil masa yang singkat selama tiga bulan, sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Meskipun mereka hanya berkenalan dalam waktu singkat, namun keduanya berjaya membuktikan bahawa ikatan cinta dan kasih sayang antara mereka begitu tulus, sehingga ikatan perkahwinan yang dibina mampu bertahan hingga ke saat ini.
“Tiga Bulan memang bukan waktu ideal dan tepat untuk saling mengenali antara satu sama lain, sampai memutuskan untuk menikah. Tapi kami membuktikan bahawa, panjang pendeknya waktu berpacaran (menjadi pasangan kekasih) tidak menjamin panjangnya usia bersama (perkahwinan),” ujar Melly.
Walaupun, rumahtangga mereka selalu terlihat harmoni dan jauh dari gossip liar, namun ternyata pasangan ini juga pernah merasakan menghadapu liku-liku dalam pahit maung kehidupan sebagai suami dan isteri.
“Segala yang pahit dan yang manis pastinya pernah dirasakan. Susah senang pernah silih berganti. Tapi ternyata semua itu menjadikan kita semakin kuat,” tambahnya.
Menurutnya, apa pun masalah yang dihadapi selama ini, doa menjadi medium penyelesaian terbaik yang menjaga keharmonian serta kebahagiaan rumah tangga mereka kekal utuh terjaga.
“Doa selalu menjadi senjata terbaik dalam segala urusan kami. Semua jalan berliku, berbatu, berombak, dapat kami lalui berkat doa ibu,” kata Melly yang meletakkan punca kepada kebahagiaan dalam perkahwinanya adalah susuk ibunda tercinta, Ersi Sukaesi.
Tambah Melly, ibunya dan juga ibu mertua merupakan orang yang sering menjadi tempat rujukan buat dirinya dan suami tersayang dalam apa jua keadaan.
“Selalu kami tergingat ketika kami menangis, dan mengeluh sewaktu menghadapi masalah apapun, mama selalu berkata “sok sing sabar, ku mamah di doakan” (kamu berdua bersabarlah menghadapi ujian, mama akan sentiasa mendoakan).
“Begitu jua dengan ibu Anto (mertua) apapun perkara yang berlaku kepada kami, ibu selalu berkata “sabar.. berdoa sahaja, tuhan itu adil” dengan gaya khas ibu yg sering menadah tangan dan menunjuk ke atas,” tambah Melly lagi.
Untuk recap, Melly dan Anto mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 setelah berkenalan dalam tempohmasa yang singkat selama tiga bulan. Siapa sangka perkahwinan pasangan ini bertahan sehingga kini hampir 30 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
“Benda paling saya rindu sekali nak buat semenjak dah bergelar ibu ni sebenarnya adalah solat dengan khusyuk. Meskipun ramai yang kata solat je, biar je anak main sendiri atau menangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
NONA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan… Solat jemaah lepastu anak panjat basikal, nak panjat belakang daddy dia… Allah khusyuk tu memang mahal.
“Sama la El, sama macam anak saya abang nya lagi pintar, nak solat yang khusyuk mungkin susah tapi cubalah walaupun susah.
“Try guna slow approach.. Transitional bed dulu.. Meaning si abang ada bed sendiri tapi dalam bilik yang sama dengan ibu bapa.. Bila dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri, baru pean-pelan ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.