Ads

Nona Pinktober 2026, Tingkat Kesedaran & Pengesanan Awal Kanser Payudara

Nona Pinktober 2026
Nona Pinktober 2026

Nona Pinktober 2026 kembali membawa misi memperkasakan kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Sepanjang bulan Oktober, kempen kesihatan ini menggabungkan perkongsian kisah pejuang kanser, informasi mengenai kesihatan payudara dan seruan untuk bertindak lebih awal, sebelum kempen ini mencapai kemuncaknya menerusi acara Nona Pickleball: Pinktober Smash 2026 pada 17 Oktober.

Kanser payudara merupakan antara kanser yang paling kerap didiagnosis dalam kalangan wanita Malaysia, dengan hampir separuh kes dikesan sebelum usia 50 tahun. Di sebalik peningkatan kes dalam kelompok usia lebih muda, isu diagnosis lewat masih menjadi antara cabaran yang perlu diberikan perhatian.

Ketakutan, rasa malu dan stigma untuk berbicara tentang kesihatan payudara boleh menjadi penghalang kepada sesetengah wanita untuk mendapatkan pemeriksaan. Justeru menerusi Nona Pinktober 2026, Nona tekad mengubah kesedaran menjadi tindakan dan menggalakkan wanita lebih peka terhadap tubuh sendiri serta tidak menangguhkan pemeriksaan apabila mengesan perubahan yang mencurigakan.

Nona Pinktober 2026, Dari Kisah Survivor Kepada Kesedaran

Sepanjang kempen Nona Pinktober 2026, tiga pendekatan utama diketengahkan dalam bentuk storytelling, informasi dan seruan untuk bertindak. Menerusi perkongsian kisah pejuang kanser payudara, Nona membawa pembaca lebih dekat dengan realiti perjalanan mereka, daripada detik menerima diagnosis, menjalani rawatan sehingga mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

“Saya nak buktikan bahawa kanser tak semestinya mati!” Saksikan episod pertama vodcast Nona Pinktober bersama Naib Presiden Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA), Rahiza Ibrahim…

Ads

Pada masa sama, kandungan berkaitan risiko, simptom dan kesihatan payudara disampaikan secara mudah difahami. Paling utama, wanita digalakkan mengambil tindakan terhadap kesihatan sendiri kerana kesedaran tanpa tindakan tidak mencukupi dalam usaha meningkatkan pengesanan awal kanser payudara.

Baca: Timbalan Menteri Kesihatan Terima Kunjungan Hormat Majalah Nona, Perkasa Kesedaran Kanser Payudara

Kemuncak Nona Pinktober 2026, Setiap Smash Membawa Harapan

Membawa kempen daripada kandungan kepada aksi sebenar, Nona Pinktober 2026 bakal mencapai kemuncaknya menerusi acara Nona Pickleball: Pinktober Smash 2026 pada Sabtu, 17 Oktober 2026, jam 10.00 pagi di Brio Social Club, Level 2, IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara.

Mengangkat semangat ‘Setiap Smash Membawa Harapan’, kejohanan amal ini menyatukan sukan, gaya hidup sihat dan solidariti buat wanita yang sedang berjuang melawan kanser payudara.

Ads

Pemilihan pickleball sebagai platform kemuncak juga selari dengan populariti sukan ini yang semakin berkembang di Malaysia. Gelanggang menjadi titik pertemuan untuk wanita bukan sahaja bergerak aktif, malah bersama-sama menyuarakan kepentingan kesihatan payudara.

100% Dana Kemenangan Untuk Rakan Amal

Lebih bermakna, 100 peratus dana kemenangan akan disalurkan kepada rakan amal atau hospital yang diwakili setiap pasangan beregu.

Dana kemenangan sebanyak RM5,000 untuk juara, RM3,000 bagi naib juara dan RM2,000 untuk tempat ketiga disediakan, selain lima hadiah saguhati bernilai RM500 setiap satu. Setiap pemain juga bakal membawa pulang goodies eksklusif daripada penaja antaranya LARRIE, TOUJOURS, LANCOME, HIMALAYA dan EMBRYOLISSE.

Ads

Bersama menjayakan usaha ini ialah Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA), National Cancer Society Malaysia (NCSM), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pink Ribbon Wellness (L) Foundation Team, Breast Cancer Foundation, Cancer Research Malaysia dan Picaso Hospital.

Kemeriahan acara Nona Pickleball: Pinktober Smash 2026 turut diserikan barisan personaliti seperti Yasmin Hani, Sazzy Falak, Daphne Iking, Nadia Annuar, Nas Adila, Dayah Bakar dan Dahlia Rizal, selain atlet negara Syaidatul Afifah, manakala Fiza Frizzy menghangatkan acara selaku hos.

Nona Pickleball Pinktober Smash
Nona Pickleball Pinktober Smash

Di sebalik kemeriahan gelanggang, misi Nona Pinktober 2026 kekal jelas iaitu meraikan kekuatan pejuang kanser payudara, menggalakkan gaya hidup aktif, advokasi, membuat pemeriksaan dan menormalisasikan perbualan mengenai kesihatan payudara serta mengingatkan wanita tentang pentingnya pengesanan awal.

Kerana Nona Pinktober bukan sekadar tentang memakai warna merah jambu. Ia tentang keberanian untuk mengambil tahu, melakukan pemeriksaan dan saling menguatkan. Pada 17 Oktober ini, mesej itu diterjemahkan di gelanggang — setiap smash membawa harapan!

Artikel berkaitan: Pink Ribbon Run 2025 Simbol Solidariti Kesedaran Kanser Payudara

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Jerebu Jejas Paru-Paru

Jerebu Jejas Paru-Paru, Jangan Tunggu Sesak Nafas Baru Bertindak

Jerebu jejas paru-paru tanpa disedari. Kenali tanda awal seperti batuk, mudah mengah, sesak nafas dan anak kurang menyusu sebelum keadaan bertambah serius.