
10 Oktober saban tahun menjadi tarikh bermakna bagi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Ia bukan sekadar hari memperingati detik bersejarah beliau sebagai angkasawan pertama Malaysia. Tetapi juga hari istimewa penyatuan cintanya bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar & Datin Dr Halina Rai Anniversary Ke-16

Tahun ini merupakan tahun ke-19 Dato’ Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas dan 16 tahun mendirikan rumah tangga.
Sebagai pakar ortopedik dan ikon inspirasi negara, beliau tidak pernah lupa mengungkapkan penghargaan buat isteri tercinta atas pengorbanan dan sokongan sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam perkongsian di media sosial, beliau memuat naik gambar mesra bersama Datin Dr Halina. Titipnya, “Happy Anniversary 10 Oktober. My Space Anniversary 10.10.07. My Wedding Anniversary 10.10.10.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aaminn.”
Ucapan ini mencerminkan hubungan bahagia yang dibina atas dasar cinta, kesetiaan dan keimanan.
Keluarga Bahagia Dato’ Dr Sheikh Muszaphar

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, pasangan kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar lagi Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu mereka, Sheikh Muhammad.
Kehidupan keluarga besar ini sering menjadi inspirasi kepada ramai kerana keakraban dan nilai didikan yang diterapkan oleh mereka berdua.
View this post on Instagram
Semoga rumah tangga pasangan ini sentiasa dilimpahi rahmat serta kebahagiaan. Keupayaan beliau mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan disiplin menjadi contoh terbaik buat ibu bapa di luar sana.
Dari angkasa lepas hingga ke kehidupan berkeluarga, kisah pasangan ini membuktikan bahawa kejayaan dan kasih sayang boleh berjalan seiring.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


