
Melihat susuk tubuh dan penampilan Puan Sri Tiara Jacquelina pasti ramai tidak menyangka selebriti ini sebenarnya sudah pun menginjak usia 59 tahun. Meskipun menghampiri usia 60 tahun namun Puan Sri Tiara seorang wanita aktif dan sentiasa berfikiran positif. Malah, sikapnya yang mudah tersenyum membuatkan dirinya kelihatan awet muda daripada umur sebenar.
Puan Sri Tiara Rai Ulang Tahun Kelahiran

Puan Sri Tiara meraikan ulang tahun kelahiran ke-59 pada 3 Oktober lepas. Dalam kesibukan menjayakan pementasan teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical pada hujung Oktober ini, pengasas Enfiniti berkenaan diraikan kakitangan syarikat berkenaan dengan mengadakan kejutan istimewa buatnya sempena hari lahir baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, isteri kepada Tan Sri Effendi Norwawi menzahirkan rasa syukur atas ingatan dan layanan baik insan sekeliling terhadap dirinya.
“Bertambah lagi setahun usia dan hari ini saya bangun dengan rasa penuh kesyukuran. Bersyukur atas kehidupan yang dikurniakan, atas kehadiran insan-insan yang saya sayangi dan menyayangi saya, termasuk keluarga, rakan sekerja serta sahabat-sahabat terdekat.
Bersyukur kerana impian yang suatu ketika dahulu hanya mampu saya angankan, kini menjadi kenyataan. Dan masih banyak lagi impian yang ingin saya kejar dan capai.
Buat semua yang mengikuti perjalanan hidup saya selama ini, terima kasih atas segala kasih sayang, kata-kata yang baik dan terutamanya doa-doa yang tidak pernah putus. Saya amat menghargai setiap satunya dan tidak pernah menganggap semua itu sebagai sesuatu yang biasa.”
View this post on Instagram

Tambah Puan Sri Tiara, “Saya benar-benar bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini, terus bermimpi, terus berkarya dan masih bersemangat menantikan apa yang bakal hadir pada masa hadapan. Alhamdulillah atas kesempatan menikmati satu lagi tahun kehidupan yang begitu indah ini.”
Anak Puan Sri Tiara
Ternyata, Puan Sri Tiara bertuah kerana anak perempuan tersayang iaitu Hani Karmila mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni.

Hani Karmila yang merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham Hani Mohsin merupakan bintang utama dalam pementasan PGL The Musical 2026.
Selain Hani Karmila, turut kelihatan suami kesayangan Puan Sri Tiara iaitu Tan Sri Mohd Effendi Norwawi dan anak lelaki, Mohd Eridani Effendi.
Semoga Puan Sri Tiara sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan pementasan teater PGL The Musical berjalan lancar.
Artikel https://www.nona.my/terima-darjah-indera-mahkota-pahang-dimp-ameng-spring-kini-bergelar-datuk/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


